White Coffee (Oldtown Kopitiam) Non-Halal

⊆ 12:00 AM by junuih | ˜ 0 comments »

Dilulus terbit pada Tuesday, December 23 @ 22:30:00 MYT oleh TokPenghulu
Maklumat

"

 Harap disebarkan maklumat kepada seluruh umat islam di Malaysia. Saya rasa ramai yang jahil seperti saya terpedaya dengan logo HALAL di pelbagai restoran di bumi Malaysia ini. Sila baca email yang saya terima di bawah:-

Kalau kita tidak berdakwah..kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak.sesuai dgn firmanNya dlm surah Al-A'raf,surah ke 7,ayat ke 164:



"Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?" Mereka menjawab: "Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa".

ayat ini.pula .

"Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui."

(Al-Baqarah ayat 42)

"Makanan itu menjadi DARAH & DAGING yang kita usung setiap hari."



Tidak hairanlah apabila kita mudah terpedaya dalam hasutan syaitan & musuh islam. Lalai & malas dalam

mengerjakan perintah Allah sbn seterusnya tidak terdaya mencegah amar mak'aruf nahi mungkar. Apakan tidak, apabila darah yang mengalir & daging yang membesar kita sirami dengan makanan yang tidak diberkati seterusnya 'HARAM' untuk dimakan.

WHITE COFFEE Oldtown Kopitiam 'WCOK' telah beroperasi bermula sekitar tahun 1999. Dimana diawal penubuhan status HALAL sebenarnya telah diragui lagi.

Beberapa produk yang harus diragui STATUS HALAL & dikenalpasti HARAMnya

ialah:-

-Nissin Noodles (Mee Segera Nissin Noodles) yang diimport dari Hong Kong (tertulis dipaket bungkusan)

-Daging Salai yang digunakan pada hidangan Sandwish & Nissin Noodles juga diragui status halalnya. Ini kerana pada waktu awal penubuhan White Coffee Oldtown Kopitiam 1999 tiada dipasaran Malaysia yang menjual Daging Salai HALAL. Perkara ini anda boleh rujuk kepada para penyelidik, pensyarah & pelajar di Fakulti/ Jabatan Perhotelan @ F&B / Food & Beverages.

-Minyak yang digunakan didalam penyediaan menu 'Ipoh Ho Fun @ Ipoh Kuew Teaw Sup'. Minyak tersebut dihasilkan sendiri oleh WCOK dan tidak terdapat dipasaran. Hanya diberitahu ianya minyak udang. Tetapi adakah ianya benar & tiada campuran lain?

-Herbal Jelly adalah produk yang diimport daripada China. Diberitakan, antara isi kandungannya adalah kulit kura-kura. Khasiatnya dikatakan dapat memanaskan anggota dalaman badan (persoalannya - bolehkan UMAT ISLAM makan yang terhasil daripada KURA-KURA)

Apa yang membuatkan UMAT ISLAM diMalaysia TERPEDAYA dengan status HALALnya ialah salinan sijil HALAL yang dikeluarkan oleh JABATAN AGAMA ISLAM PERAK @ 'JAIPK' pada beberapa produknya dijaja dengan mengatakan JAIPK akan memberi STATUS HALAL pada semua produknya yang sehiingga kini (dari awal penubuhnnya-dekat 10tahun dah) masih lagi tidak diperoleh Sila layari laman Web WCOK. Hanya sijil halal bagi beberapa produk yang disahkan oleh JAIPK yang dijajanya. Berbagai anugerah telah diperolehi, namun STATUS HALAL BAGI RESTORENNYA masih lagi TIDAK BERJAYA DIPEROLEHI.

KENAPA & MENGAPA? Maka itulah umat islam dinegara ini terpedaya dengan helah apabila nama JAIPK digunakan.

Selain daripada penyalahgunaan Sijil Halal yang dikeluarkan oleh JAIPK umat islam juga terpedaya dengan paparan pekerja islam yang diambil bekerja. Dimana dengan mengatakan yakni makanan yang dihidangkan adalah halal, maka pekerja-pekerja islam ini telah terpedaya untuk berkerja seterusnya menjadi penipuan yang tidak diketahui mengenai status halal makanan direstoren tersebut. Bagi pengunjung-pengunjung, apabila melihat Sijil HALAL yang dipaparkan (yang dikeluarkan oleh JAIPK bg sesetengah produk sahaja & bukan yang dikeluarkan oleh JAKIM yakni pengesahan makanan yang dihidangkan oleh restoren terbabit adalah HALAL semuanya) serta pekerja-pekerja islam (yang tidak mengetahui akan Status Non-HALAL yang dihidangkan.Siap pakai tudung lagi) maka dengan mudahnya mereka memasuki dan menjamahnya.

Seperti apa yang berlaku di KULIM, KEDAH bagi Kopitiam PAK'HAINAN (juga 'TIDAK HALAL'). Sungguh menyedihkan apabila pengurus restoren beragama Islam dan berbangsa Melayu tidak mengendahkan & mengetahui status HALAL bagi makanan yang dihidangkan. Papan tanda diluar restoren juga sungguh besar menunjukkan pekerja islamnya memakai tudung menghidangkan makanan.

Begitu juga yang berlaku di TESCO Seberang Jaya, Perai pula Kopitiam WHITE HOUSE (juga 'TIDAK HALAL') selain menghidangkan `noodles @ mee'

yang TIDAK HALAL dan beberapa menu lagi yang tidak diketahui Status HALAL HARAMnya, mereka juga dengan selamba & tampa rasa bersalah mengunakan LOGO HALAL JAKIM tampa kelulusan. Apabila ditanya, mereka menjawab produk mereka semuanya HALAL. Dan apa buktinya bagi Noodles @ Mee Import yang dihidangkan dan beberapa produk lain, tidak tahu jawapannnya.

Di TESCO Kajang pada tahun 2006, WHITE COFFEE Oldtown Kopitiam telah menghidangkan `noodles @ Meenya' yang antara isi kandungannya terdapat 'LUNCHEON MEAT'. Aduan telah dibuat, namun tiada tindakan daripada pejabat Agama diambil bagi men`yamak' restoren terbabit.

Perkara ini telah disahkan oleh perkerja Islam White Coffee Oldtown Kopitiam (kini telah berhenti apabila mengetahui perkara ini) selain daripada pekerja pihak pengurusan berbangsa Cina (juga telah berhenti apabila menghadapi tekanan daripada pelanggan mengenai Status HALAL JAKIM).

Selain itu, walaupun WCOK telah membuka sehingga melebihi 100 cawangan dari tahun 1999-2008 diseluruh negara yakni dari utara hingga ke selatan namun STATUS HALALnya masih lagi tidak diperolehi. Dalam masa 10tahun, 100 cawangan telah berjaya dibuka dengan menghidangkan kepada UMAT ISLAM MALAYSIA makanan yang HARAM. Dan sungguh menyedihkan apabila pihak JAKIM selaku pihak Jabatan Agama yang bertanggungjawab di negara ini mengambil sikap berdiam diri. Adakah seseorang dijabatan ini telah disogok agar tiada isu dibangkitkan & tindakan diambil walaupun sebenarnya telah ada aduan yang dibuat. Apakah pihak di JAKIM hanya melihat kepentingan yang akan diperolehi dengan tindakan ini tetapi tidak PERHINTUNGAN di PADANG MASYAR nanti? Apakah perlu adanya aduan baru ada tindakan? Sedangkan pihak JAKIM telah melihat begitu ramai umat islam menjamah makanan di `WHITE COFFEE OLDTOWN KOPITIAM' yang 'TIADA STATUS HALAL' dan kini terbukti 'TIDAK HALAL' nya. Adakah tiada pemantauan dan tindakan bagi pihak yang `TIDAK MENDAPAT KEBENARAN/ KELULUSAN' JAIKIM menjugakan LOGO HALAL JAKIM?

Hanya beberapa Kopitiam sahaja yang prihatin & dilihat telah mendapat `PENGESAHAN SIJIL HALAL JAKIM' walaupun baru setahun jagung dibuka.

Seperti SWENZ KOPITIAM & KAPITAN KOPITIAM. Dimana melalui produk menunya didapati sememang tiada makanan yang diimport dari TAIWAN, HONG KONG & JEPUN yang kebanyakkannya tidak HALAL. Mengapa restoren ini boleh mendapat Status HALAL JAKIM & terdapat sesetengahnya TIADA HALAL JAKIM.

Jawapannya MUDAH, ini kerana sesetengah hidangan makanan yang dihidangkan di Rangkaian Kopitiam seperti:-

-WHITE COFFEE OLDTOWN Kopitiam,

-NEWTOWN Kopitiam

-WHITE HOUSE Kopitiam

-PAK HAINAN Kopitiam

-JOM BALI Kopitiam

adalah 'TIDAK HALAL'

Merujuk kepada isu yang dinyatakan, sebenarnya selain kita empunya diri yang akan dihisab kerana memberi makan kepada anggota tubuh dengan makanan yang di HARAMkan seharusnya Jabatan Agama mengambil tindakan segera didalam mewajibkan status HALAL & HARAM diperolehi bagi setiap kedai makan @ restoren yang beroperasi. Pihak JAKIM seharusnya menjalinkan kerjasama bersama Majlis Perbandaran yang memberi & mengeluarkan LESEN perniagaan agar MEWAJIBKAN bagi restoren & food court (mungkin tidak termasuk gerai) mempamirkan STICKER TIDAK HALAL. Bagi yang mengatakan restoren mereka adalah HALAL hendaklah mendapatkan sijil & pengesahan Status HALAL daripada JAKIM terlebih dahulu sebelum beroperasi. Ini bertujuan agar UMAT ISLAM dinegara ini tidak dihidangkan makanan yang TIDAK HALAL dengan PENIPUAN apabila hanya dengan menunjukkan sijil halal bagi beberapa produk sahaja dan mengunakan PEKERJA ISLAM yang terpedaya & Jahil.

Ini agar umat islam dinegara ini tidak terpedaya dengan Helah pengusaha yang asyik mengejar keuntungan dengan menyajikan makanan HARAM kepada umat islam dengan hanya mengatakan yakni tiada babi & minuman keras dihidangkan (NO PORK & LARD) tetapi sebenarnya ada.

Apakah Halal sesuatu makanan itu jika bukan babi yang dihidangkan.

Tetapi bagaimanakah jika terdapat isi kandungannya diragui status halal (yakni diperbuat daripada unsur babi itu sendiri). Selain itu, jika Nasi Lemak serta menu lain boleh disahkan status HALALnya, bagaimanakah dengan pinggan mangkuknya yang telah dibasuh sekali dengan pinggan mangkuk yang menghidangkan menu HARAM ini. tidakkah jatuh hukumnya HARAM jua.

1000 ahli PKR kuar parti di d DUN MERBAU PULAS

⊆ 3:05 PM by junuih | ˜ 0 comments »

Oleh Mat Saleh

Semalam dan hari ini menjadi berita hangat apabila dikatakan 1000 orang ahli PKR keluar parti dan memasuki parti dalam BN. Ini berita sensasi bagi BN yang telah 8 bulan ditunggu. Tapi bagi PKR berita ini sedikit pun tidak mencuit keutuhan organisasi itu. Apa tidaknya satu pergi sepuluh yang datang. Dan berita ini pula digembar-gemburkan oleh musuh PKR sama ada dalam BN atau PR sendiri kerana yang jadi katak lompat tu sedikit saja cuma tak sampai pun 50 orang. Tapi apa pun situasinya ianya patut menjadi pengajaran kepada PKR dan parti2 dalam PR supaya kudis yang berlaku dalam PR sekarang tidak merebak menjadi chokua yang boleh memudaratkan organisasi ini.

Peristiwa ini berlaku di kawasan DUN Merbau Pulas (DUN PAS) dalam kawasan Parlimen Padang Serai. Kawasan ini hampir didominan olah penduduk bukan melayu yang kebanyakannya orang Tamil. Perasan tidak puas hati adalah berikutan tiadanya ketua kampong yang dilantik di kalangan orang india untuk menguruskan masyarakat india. Penyokong2 PKR ini menyalahkan PKR kerana tidak mempertahankan hak mereka lalu bertindak keluar dari PKR.

Mengapa perkara ini boleh berlaku?. Saya melihat ada dua factor iaitu dalam PKR sendiri dan yang keduanya peranan parti dalam PR yang cuba saling membunuh antara satu sama lain.

Pucuk pimpinan PKR negeri Kedah dibawah pimpinan YB Ir. Zamri sekarang memperlihatkan kelemahannya dalam berdepan dengan tuntutan penyokong akar umbinya. Kelemahan pimpinan negeri disatu sudut memang baik kerana ianya tidak akan menimbulkan sengketa dan hanya menjadi pak turut seperti yang berlaku kepada MCA atau MIC dalam BN. Dan di kedah jika PKR menjadi pak turut kepada PAS maka semuanya akan baik tidak akan berlaku pertikaman lidah di peringkat pimpinan atasan. Tapi adakah itu baik untuk penyokong2 PKR terutamanya bangsa bukan Melayu yang tidak berugama Islam. Kawasan ini adalah kawasan orang india – apa salahnya jika dilantik KKnya dari kalangan orang india. Kita janganlah terlalu tamak sehinggakan semuanya kita nak bolot dan tak nak bagi sama kepada bangsa lain. Adalah lebih menguntungkan kerajaan PAS jika KKnya dari kalangan orang india sendiri. Nanti senang kita berurusan dengan kaum tersebut. Ugama mereka berbeza, adapt resam mereka lagi berbeza dan semuanya berbeza. Bagaimana KK orang Melayu nak uruskan mereka ini. Bila ada kematian tak kan kita nak baca Yasin, nak baca talkin. Kadang2 pening kepala memikirkan kerenah PAS ni.

PAS janganlah terlalu buruk sangka kepada PKR. Parti ini tidak pernah membelakangkan kawan dan tidak akan berpaling tadah. Sehingga sekarang tidak terdapat tindakan yang drastic yang dilakukan kecuali ura2 ADUN PKR nak keluar PR pada 18 Oktober lalu. Tapi itu pun dapat diselesaikan dengan baik oleh Dato Seri Anuar. Masalah KK ini telah berpanjangan dan akan terus menjadi duri dalam daging pemerintahan PR di Kedah. Ada baiknya isu ini dikaji semula supaya ianya tidak mendatangkan mudarat kepada mana2 parti dalam PR. Mengapa PAS mesti takut dengan pengujudan KK dari PKR. Jika dengan jawatan KK ini boleh menjadi batu loncatan untuk PKR memperbanyakkan cawangan di akar umbinya ianya sememangnya akan membantu kerajaan PAS untuk terus mempertahankan Kedah dalam PRU13 kelak. Kalau pakatan ini mendapat keadilan dari parti domino sudah tentu pertandingan 3 penjuru tidak akan berlaku dalam PRU13 nanti tapi jika perasaan tidak puas hati ini dibiar berterusan, tak tau la kita bagaimana pula pola pertandingan yang akan terjadi. Natijahnya, adalah baik sekiranya isu MKK ini mendapat perhatian segera dari pucuk pimpinan PR bagi meredakan ketegangan yang terjadi sekarang dan juga dari PAS akan ada tolak ansur dan mengkotakan janji yang telah dibuat.

Bagi pucuk pimpinan PKR pula kita perlu mempunyai ketegasan dalam mempertahankan hak yang telah dijanjikan. Jika perjanjian memperuntukkan bahawa setiap UPU (JDM) parti yang menang berhak 2/3 dan parti rakan 1/3 janji ini perlu dihormati. Persoalan parti rakan tidak mempunyai cawangan atau ahli tidak timbul kerana lambat laut akan ujud cawangan dikawasan tersebut. Tak kan semua pengundi terdiri dari ahli parti yang menang tentu ada penyokong parti rakan. Apa salahnya penyokong parti rakan ini dilantik menjadi KK. Adalah satu etika yang salah jika kita mengambil hak kawan dengan alasan tiada berkemampuan. Hak tetap hak dan janji tetap janji. Berikan hak tersebut pada PKR dan biar PKR memutuskannya untuk menyelesaikan persoalan tiada calon yang sesuai. Perkara ini mestilah memdapat ketegasan dari pucuk pimpinan PKR. Jangan bila kita telah diberi beberapa GLC kita membelakangkan dan mengenepikan perjuangan kita kepada ahli2 akar umbi yang memerlukan perlindungan kita. Kepada YB Ir Zamri masa depan PKR Kedah terletak dalam kebijaksanaan saudara mengaturkannya. Jangan ada lagi kejadian keluar parti disebabkan masalah KK ini berlaku ditempat lain. Masih banyak DUN yang mengalami masalah yang sama seperti DUN Pantai Merdeka, DUN Guar Cempedak, DUN Bandar Baru yang memerlukan perhatian saudara. Kepada Ustazah Aishah, bertolak ansurlah sama dengan penduduk bukan islam kerena mereka juga memerlukan bantuan dari YB

slamat ari raya

⊆ 8:08 AM by junuih | ˜ 0 comments »

selamat hari raya aidiladha dari koreq~Blog crew kepada semua pelayar blog ini dan juga rakan-rakan yang mengerjakan haji..semoga mendapat haji mabrur...aminnn

Nenek pekak ditahan ketika masak air ketum

⊆ 12:16 PM by junuih | ˜ 0 comments »

JITRA: Seorang nenek berusia 71 tahun yang mengalami masalah pendengaran ditahan polis ketika memasak air ketum dalam serbuan di rumahnya di Kampung Pida 2, Kodiang dekat sini, semalam.

Bertindak atas maklumat orang awam, sepasukan lima anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu diketuai Inspektor Budi Arman menyerbu rumah warga emas itu kira-kira jam 12 tengah hari.

Wanita terbabit yang ketika itu sedang memasak air daun ketum dipercayai tidak menyedari kedatangan polis ke rumahnya menyebabkan dia meneruskan "tugasnya".

Suami wanita itu yang berusia dalam lingkungan 70-an ada bersamanya tetapi tidak ditahan kerana buta.

Wanita itu dipercayai menjalankan perniagaan menghasilkan daun ketum bersama anak lelakinya yang juga seorang pesawah untuk menambah pendapatan keluarga.

Bagaimanapun, anak pasangan itu yang terkejut melihat kehadiran polis dipercayai melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Sawaludin Hamenudin, berkata hasil siasatan, polis menemui sebuah periuk aluminium berisi kira-kira 10 liter air ketum yang sedang dimasak, satu baldi plastik yang mengandungi lima liter air ketum dan lapan bungkus air daun ketum.

Katanya, pihaknya merampas kira-kira lima kilogram daun ketum kering di luar rumah berkenaan.

Sawaludin berkata, wanita itu dikatakan membantu anak lelakinya yang berusia 30-an berniaga hasil daun ketum sejak empat bulan lalu dan memperoleh bekalan daun ketum mentah dari kawasan sekitar.

Selain menjual air daun ketum, mereka juga turut berniaga serbuk daun itu.

Katanya, nenek itu ditahan untuk siasatan lanjut dan dibebaskan dengan jaminan polis beberapa jam kemudian.

Difahamkan, sebungkus air daun ketum dijual pada harga RM2 hingga RM3 bergantung kepada saiz dan permintaan pembeli.

Harga petrol, diesel turun 10 sen lagi

⊆ 11:56 AM by junuih | ˜ 0 comments »


Dec 2, 08 5:17pm

Harga minyak petrol dan diesel masing-masing turun 10 sen seliter berkuatkuasa mulai tengah malam ini.

Berikutan itu, harga petrol RON97 dikurangkan dari RM2.00 seliter kepada RM1.90 seliter dan harga petrol RON92 pula dikurangkan dari RM1.90 seliter kepada RM1.80 seliter.

Manakala diesel dikurangkan daripada RM1.90 seliter kepada RM1.80 seliter.

Penurunan harga minyak bagi kali keenam ini diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.

Katanya, keputusan untuk menurunkan lagi harga minyak dibuat ekoran harga minyak dunia yang turun secara ketara akhir-akhir ini.

Perdana menteri berkata, Kerajaan telah membuat keputusan untuk sekali lagi mempercepatkan pengurangan harga runcit bagi membolehkan orang ramai menikmatinya.

Kali ini kerajaan menurunkan harga minyak sebanyak 10 sen seliter berbanding 15 sen sebelum ini.

Sembilan beranak diami rumah usang

⊆ 9:38 AM by junuih | ˜ 0 comments »


LOTFI Amin Majid (kiri) bersama isteri dan anak-anak merenung keadaan rumah mereka yang usang di Kampung Lubuk Kiab, Sidam Kiri, Sungai Petani, Kedah, semalam.

SUNGAI PETANI 30 Nov. - Nasib sembilan beranak yang terpaksa hidup dalam keadaan daif dan hanya mampu berteduh di sebuah rumah usang di Kampung Lubuk Kiab, Siam Kiri, dekat sini sejak 21 tahun lalu, amat menyedihkan.

Lotfi Amin Majid, 41, bersama isterinya, Kalsom Rejab, 41, tidak mampu untuk membina rumah yang lebih sempurna kerana pendapatan mereka sekeluarga hanyalah sekitar RM450 sebulan.

Menurut Lotfi Amin, wang gajinya yang sebelum ini bekerja sebagai buruh ladang kelapa sawit hanya cukup untuk makan dan keperluan seharian mereka.

"Oleh kerana gaji sebagai buruh tidak seberapa, saya mengambil keputusan berhenti dan kini mendapat kerja baru sebagai pengawal keselamatan di kawasan perumahan di Sungai Petani.

"Biarpun menyedari gaji pengawal keselamatan tidaklah sebesar mana, namun saya bertekad untuk bekerja keras bagi membantu keluarga," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.

Lotfi Amin mendakwa, mereka tidak pernah mendapat bantuan daripada mana-mana jabatan berkenaan memandangkan tidak tahu prosedur untuk memohonnya.

Katanya, dengan lima anak yang masih bersekolah berusia antara 10 hingga 17 tahun, dia tidak mungkin mampu membina rumah yang lebih selesa dan mereka terpaksa akur dengan rumah yang ada sekarang.

"Rumah yang diduduki sekarang asalnya adalah milik bapa saudara saya. Apabila berpindah ke tempat lain, dia membenarkan kami sekeluarga tinggal di sini," katanya.

Tinjauan mendapati keadaan rumah mereka amat daif dengan bumbung yang berlubang dan dinding yang tidak selamat.

Rumah mereka hanya ada dua bilik dan tiada tandas yang sempurna, cuma mempunyai ruang dapur yang agak sempit.

Sementara itu, Kalsom berkata, anak sulung mereka berusia 18 tahun kini baru menghabiskan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), manakala seorang lagi yang bongsu berusia 4 tahun, belum bersekolah.

"Anak-anak yang lain bersekolah menerusi sistem pondok moden. Baru-baru ini, salah seorang anak saya iaitu Azimah, 12, mendapat keputusan cemerlang 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Bagi menambah pendapatan, Kalsom berusaha membantu suaminya dengan mengutip besi-besi buruk sekitar kampung untuk dijual.

Orang ramai yang bersimpati dengan nasib mereka sekeluarga boleh menghubungi Lotfi Amin di talian 019-4219553 bagi menghulurkan bantuan.


DATO’ KHAZALI DATUK BANDAR BANDARAYA ALOR STAR

⊆ 9:32 AM by junuih | ˜ 0 comments »

Oleh: AMELIA HASHIM
Amelia@kedah.gov.my

ALOR STAR, 30 November: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedahm hari ini telah mempekenan perlantikan Pegawai Daerah Kuala Muda Dato' Haji Khazali Haji Din, menjadi Datuk Bandar Bandaraya Alor Star mulai 1hb Disember 2008, bersamaan 3 Zulhijjah 1429. Istiadat pelantikan yang berlangsung di Istana Anak Bukit dengan penuh adat istiadat.

Majlis dimulai oleh Ketua Istiadat YB Dato' Wira Haji Syed Unan Mashri masuk menghadap KDYMM Tuanku Sultan mempersembah maklum memohon izin memulakan istiadat. Setelah Dipekenan, majlis bermula dengan perarakan masuk pemegang Al-Quran dan cokma Majlis Bandaraya Alor Star.

Majlis diteruskan dengan upacara mengangkat sumpah oleh Dato' Haji Khazali Haji Din, disusuli dengan menandatangani penerimaan pelantikannya sebagai Datuk Bandar Bandaraya Alor Setar. Seterusnya KDYMM Tuanku Sultan Kedah perkenan menyampaikaan Watikah Pelantikan Datuk Bandar. Majlis di sudahi dengan bacaan doa.

Dato' Haji Khazali dilahirkan di Kampung Nongka, Mukim Hosba Jitra pada 7 Februari 1955 dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Hosba kemudian Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim JItra.


Beliau yang merupakan lulusan Ijabzah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1979 dan memulakan kerjaya sebagai Pegawai Tadbir Bahagian Pemprosesan Data di Ibu Pejabat FELDA di Kuala Lumpur sehingga Disember 1979.

Seterusnya beliau menyertai skim Perkhidmatan Tadbir Negeri Kedah pada 1 Januari 1980 dan bertugas di Pejabat Daerah Bandar Baharu Kedah sebagai Penolong Pegawai Daerah 11 sehingga Oktober 1983 sebelum ditukarkan ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan (Cawangan Am).

Pada 1 Ogos 1987 beliau sekali lagi ditukarkan ke Pejabat Daerah Kota Star sebagai Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) dan terpilih menghadiri Kursus Plainning dan Management of Rural Development di bawah rancangan hadiah Latihan Jabatan Perkhidmatan Awam yang diadakan di United Kingdom selama tiga bulan pada tahun 1990.

Pada 2 November 1991 beliau dipindahkan pula ke Unit Perancang Ekonomi (UPEN) sebagai Ketua Penolong Pengarah dan mendapat peluang sekali lagi mengkuti kursus jangka pendek selama empat bulan di Institute of Social Studies, The Denhague di Netherland dibawah biaya United Nation Development Programme (UNDP) pada tahun 1994.

Seterusnya pada 1 Disember 1996, Dato' Haji Khazali Haji Dindi lantik sebagai Bendahari Negeri Kedah kemudian dipinjamkan sebagai Pengurus Besar Samak Aquaculture Sdn Bhd mulai 15 Mei 1997 sehingga Mei 2000. Selepas tamat tempoh kontrak, beliau dipindahkan pula ke Yayasan Islam Negeri Kedah sebagai Pengurus Besar YIK pada 2001 .

Di sini beliau sempat mengikuti kursus Pentadbiran Perniagaan Universiti Utara Malaysia selama dua tahun dan berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan pada 2003. Pada 1 Mei 2004 beliau kembali sekali lagi ke Samak Aquaculture Sdn Bhd sebagai Ketua Pegawai Operasi sehingga Ogos 2007.

Jawatan terakhir Dato' Haji Khazali Haji Din sebelum dilantik sebagai Datuk Bandar Bandaraya Alor Setar ialah sebagai Pegawai Daerah Kuala Muda.

Sepanjang Perkhidmatan ini beliau mendapat anugerah Bintang Cemerlang Kedah (BCK) 1991, Ahli Mahkota Kedah (AMK) 1995 dan Dato' Setia Diraja Kedah (DSDK) pada 2008 oleh KDYMM Tuanku Sultan Kedah.

Posted by Warta Darul Aman Daily


Tahniah kapada dato' atas perlantikan tersebut...dato' kata nak menceriakan kembali Aloq Staq setanding ngan sungai petani..saya doa kan semoga jadi kenyataan..

Pengguna resah barang naik 100 peratus

⊆ 12:05 AM by junuih | ˜ 0 comments »

oleh SinarHarian

ALOR STAR - Orang ramai di daerah ini merungut apabila harga bagi barang basah khususnya sayur-sayuran yang dijual di beberapa pasar borong di sini melambung sehingga melebihi 100 peratus daripada harga asal.

Tinjauan di pasar borong Alor Star dan Simpang Kuala di sini mendapati kenaikan harga melibatkan cili, santan dan daging import selain beberapa jenis sayur-sayuran.

Pengguna meminta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) serta Persatuan Pengguna Kedah (Cake) mengatasi masalah itu.

Harga cili besar ialah RM15 setiap kilogram berbanding RM5 satu kg, cili padi RM9 sekilogram daripada RM3, santan RM7 sekilogram daripada RM3.50 sekilogram dan daging import RM10 sekilogram daripada RM6.50.

Seorang peniaga makanan, Ismail Midin, 65, berkata, dia terpaksa juga membeli cili dan santan pada harga yang lebih mahal kerana tidak ada pilihan.

Seorang pengguna lain, Ahmad Ismail, 47 berkata, peniaga atau pemborong tidak sepatutnya menaikkan harga barang basah terlalu tinggi dengan menjadikan cuaca sebagai punca kenaikan.

“Kenaikan melebihi 100 peratus yang tidak pernah berlaku sebelum ini,” katanya.

Peniaga pasar, Foo Ah Heng, 52, pula berkata, harga barangan itu mahal kerana dia mendapatkan bekalan pada harga tinggi daripada pemborong.

Zainal Abiddin Bulat, 58, berkata, musim tengkujuh turut menyebabkan kenaikan harga barangan basah kerana bekalan lebih sukar diperoleh.

Dia memberi contoh musim tengkujuh menyebabkan cili hidup meningkat secara mendadak daripada RM5 kepada RM15 sekilogram.

“Saya tiada pilihan dan perlu menjual pada harga mahal,” katanya.

DUN Bandar Baru bergolak selepas 8 bulan kemenangan PR

⊆ 4:21 PM by junuih | ˜ 0 comments »


0leh Mat Saleh

DUN Bandar Baru terletak dalam Perlimen Kulim/Bandar Baru. Pengundi2nya berbilang kaum walau pun majoriti mudahnya adalah bangsa Melayu tapi pengundi Tamil dan Tionghua menjadi penentu.

Selama 50 tahun DUN ini diperkosa oleh BN yang diketuai oleh UMNO. PAS yang mencuba mendapat mandat selama tempoh itu tidak langsung dapat menghampirinya dek kurangnya sokongan kaum2 India dan Cina ini. Calon2 PAS dahulu lebih hebat dari calon PRU12 dan lebih dekat dengan pengundi2 India dan Cina tapi itu pun masih tidak dapat menawan hati pengundi2 penentu ini. Pemimpin2 PAS seperti Md Rejab Awang, Ustaz Ghazali, Salleh Hj. Mohamad, Hassan Razak bukanlah calang2 calon yang diletakkan oleh PAS tapi tetap kecundang. Tapi calon PRU12 yang tidak berkelibar tiba2 diberi anugerah oleh Allah sebagai satu ujian sebelum anugerah itu diberikan dalam PRU13 akan datang.

Tidak siapa dapat nafikan termasuk Ustaz Yaakob bahawa kemenangan PAS dalam PRU 12 bukanlah atas dasar kekuatan PAS. Walau pun kekuatannya dari segi jentera pilihanraya lebih mantap dari PKR tapi pokoknya PKR dan kewibawaan dan karisma Dato Seri Anuar Ibrahim memberi impak yang besar dalam mengubah selera pengundi Bandar Baru. Faktor yang kedua adalah disebabkan pengundi2 bukan Melayu yang telah meluat dengan perangai durjana pemimpin2 UMNO dan BN dan yang ketiga adalah kerana perpecahan dalam UMNO sendiri diantara orang2 Tan Sri mamak dan Azemi Daim yang masing2 membunuh antara satu sama lain.

Hakikatnya PAS jangan mendabik dada dengan kemenangan yang diperolehi kerana kemenangan itu adalah juga hak pengundi2 PKR Cina India dan orang UMNO sendiri.
Itu punca kemenangan yang perlu pemimpin2 PAS simpan dalam otak jangan simpan dalam kotak. Tak payahlah kita mencanangkan kekuatan kita kerana kita sendiri tahu akan sampai mana kekuatan parti islam ini yang pemimpin2nya berselindung disebalik ugama dalam meraih kepentingan diri sendiri. Ingatlah wahai pemimpin2 PAS pengundi2 diera Barack Obama ini lebih cerdik dari mereka2 yang begayut di seluar ADUN.

Itu hakikat kemenangan PAS yang menjanjikan perubahan besar dalam perhubungan manusia di kawasan ini hatta juga diseluruh negara. Rakyat akan dilayan sama rata tanpa mengira bangsa dan ugama. Nadanya sama seperti UMNO dengan nada itu pemimpin2 PAS sebelum pilihan raya sanggup menanggalkan kasut memasuki kuil dan tokong untuk menjaja ideologi mereka yang bertukar dengan tiba2. Maka terpedayalah pengundi bukan Melayu yang sememangnya mengharapkan perubahan dasar dalam layanan kemanusiaan. Kita boleh lihat kegilaan pengundi bukan Melayu kepada perjuangan PAS ketika itu yang sanggup mengarakan bendera PAS.

Itu semua telah berlalu dan telah menjadi sejarah yang tidak dapat dipadamkan. Pentas2 ceramah PAS di dinaiki oleh penceramah Cina dan India yang bertutur dalam bahasa ibunda mereka tetapi mendapat tepuk sorak dari orang PAS yang memakai kopiah2 putih.
Kemenangan kemudian diterima dengan penuh pengharapan oleh pengundi2 tak PAS ini. Apa yang terjadi selepas itu? kita sama-sama tengok.

Sebaik sahaja PAS menerima kemenangan mereka mula merancang untuk menghapuskan pengaruh PKR. Dalam satu perjumpaan antara pemimpin PAS dengan rakyat kawasan Selama, Penolong SU PAS telah mensyaratkan bahawa sesiapa yang dilantik sebagai Ketua Kampung hendaklah mengisi borang keahlian PAS. Kenyataan beliau ini membangkitkan kemarahan pemimpin2 PKR tempatan sehingga PA ADUN terpaksa campur tangan. Ini baru permulaan. Borang keahlian PKR yang diberikan kepada markas PAS telah dibuang dan penduduk yang memohon borang PKR ini akan diberikan borang PAS. Ini bukannya PAS cerdik atau PKR bodoh tapi ini lah pengkhianat PAS terhadap rakan kongsinya. Demi menjadi pengundi2 bukan Melayu PAS mengujudkan Kelab Penyokong PAS (KPP) yang mendapat sambutan hangat dari pengundi2 sebagai satu strategi supaya orang2 bukan melayu (islam) tidak menjadi ahli PKR

Strategi PAS yang cuba menghapuskan sokongan kepada PKR yang ditaja sendiri oleh ADUNnya, Azmi salleh dan cikgu Mansor kemudiannya berubah kepada sekatan pengaruh Ketua Kampung PKR. Angka terakhir hanya 6 ketua Kampung PKR dari 54 yang diujudkan di Bandar Baru. dan sebagai menunjukkan bahawa PAS lebih berkuasa dari PKR beberapa kawasan PKR telah dimasukkan Ketua Kampung Cina atau India pilihan PAS. Tidak cukup dengan itu kawasan2 Ketua Kampung PKR diperkecilnya hanya satu atau dua kampung sahaja berbanding dengan Ketua Kampung PAS yang diperuntukan 5 atau 6 kampung. Dan ada yang overlapping dengan kawasan PKR. Semua ini disedari oleh pemimpin2 PKR. Pemimpin2 PKR kawasan tak la sebodoh yang disangka oleh PAS.

Kalau PAS ingin menunjuk kekuatan apa salahnya PKR pun sama boleh berbuat demikian. Tapi dalam soal ini adalah lebih baik berunding daripada konfrantasi tapi nampaknya PAS memilih untuk konfrantasi. Permintaan pemimpin2 PKR untuk diadakan rundingan semula bagi menyelesaikan masalah ini ditolak mentah2 oleh ADUN. Apa tidaknya apabila diminta datang kepejabat beliau, ADUN ini cabut lari dan bila ditelepon tak mau jawab. Dayuskah ADUN PAS ni. Apa salahnya berunding yang mana baik kita ambil jadikan panduan dan jika PAS atau PKR dah keterlaluan akui saja kita boleh perbetulkan. Ini kerana Ketua Kampung ini akan memainkan peranan dalam menjayakan pemerentahan PR.

Penyokong2 PAS mungkin beranggapan PKR gilakan kuasa. Ini bukan masalah PKR gilakan kuasa tapi masalah PAS yang haloba. Apa salahnya diadakan perkongsian kuasa. Kami mahukan satu penyelesaian yang boleh mendatangkan keadaan menang-menang (win win). JIka panggu telah dipersetujui oleh peringkat atasan kedua-dua parti laksanakan sahaja tak payah nak tanya surat persetujuan lagi. Kalau kami pula tanya mana surat yang katakan PAS ambil semua kawasan bolehkan diberi.

Dalam perkara ini ADUN hendaklah memainkan peranan jika mahukan satu pakatan yang erat di DUN Bandar Baru. Jangan kita menikam kawan dari belakang dan jangan kita ada niat untuk membunuh rakan kongsi kita sebab PAS sebuat parti yang berlandaskan Islam sedangkan UMNO tak pernah melakukan perkara yang boleh membunuh rakan kongsinya. Kalau itulah niat PAS mengapa tidak diumumkan secara terbuka secara gentlement biar semua rakyat tahu dan rakyat boleh memilih untuk menyokong atau sebaliknya. Sebab kemenangan PAS di kawasan ini akan di tentukan semula oleh rakyat dan ketika itu PAS memerlukan bantuan dari PKR atau pengundi bukan Melayu. Tak terpikirkah pemimpin2 PAS akan hakikat ini. Jangan sampai dalam PRU13 nanti berlaku pertandingan 3 penjuru. Tapi kalau itu yang diharapkan oleh PAS dan itulah yang akan terjadi. Insyallah. Bukan saja PAS Bandar Baru kena mengambil aktibar dari kekalahan PAS Trengganu malahan PAS Kedah pun kena mengkaji sejarah mengapa PAS tidak dapat menawan Trengganu. Kalau nak ikut logik Trengganu dalam PRU12 sepatutnya jatuh ketangan PAS dengan senang. Dan mengapa Mat Sabu kalah. Semua ini ada hikmahnya untuk PAS Bandar Baru.


Itu dengan PKR. Dengan bangsa CIna dan India PAS telah mula menunjukkan belangnya. PAS Bandar Baru hari ini dah tak tak sama dengan PAS sebelum PRU12. Mereka memerlukan pembelaan dan ingatlah sokongan yang diberikan adalah satu rahmat Allah seperti kata Tuan Guru Nik Aziz. Janji2 yang keluar dari bibir dahulu perlulah dikota. Jangan jadi kacang lupakan kulit. Saya percaya pemimpin2 PAS akan menolak perkara ini dan cuba mempertahankan bahawa PAS melayan mereka dengan baik. Kalaulah betul mengapa kaum India sekarang telah timbul perasaan tak puas hati dan pemimpin2 Cina pula berkata Ustaz ada masa menghantar anak kesekolah tapi tak dak masa nak dengar masalah kami. Masalah tanah penduduk India Kg Baru Sungai Dingin di ketepikan begitu saja sedangkan PA ADUN lebih sibuk dengan kontrak Bandaran. Begitu juga masalah tanah orang2 Cina di Bandar Baru.

Masa untuk menilai semula prestasi kepimpinan PAS di DUN Bandar Baru akan menjelang tiba dalam PRU13b nanti. Kita akan lihat siapa yang akan tersungkur di Bandar Baru. Ini yang akan saya ulas dalam artikel saya yang akan datang.

WAHAI PAS SEDARLAH AKAN KELEMAHAN DIRI
WAHAI PKR PERKUATKAN PARTI BAGI MENEMPUH PRU13
WAHAI PENGUNDI2 BUKAN MELAYU BUKALAH MATA DAN NILAILAH
WAHAI ORANG UMNO TINGGALKANLAH PARTI YANG AKAN PUPUS

Kedah wujud jawatankuasa selesai isu kuota tak dijual

⊆ 4:15 PM by junuih | ˜ 0 comments »


Oleh Siti Fatimah Mohamed Anwar
bhnews@bharian.com.my

ALOR STAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata sebuah jawatankuasa teknikal akan ditubuhkan bagi merangka mekanisme bersesuaian untuk menyelesaikan masalah unit rumah dan rumah kedai kuota Bumiputera yang tidak dijual.

Beliau berkata, jawatankuasa teknikal yang ditubuhkan bersama Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) Kedah/Perlis itu akan berusaha mencari mekanisme penjualan bersesuaian yang dapat mewujudkan situasi menang-menang bagi semua pihak.

"Ketika ini ada antara pembeli Bumiputera tidak berminat untuk membeli hartanah kuota Bumiputera kerana faktor pelaburan, memandangkan unit rumah kuota Melayu yang dibeli dengan potongan harga lima peratus lebih murah berbanding harga pasaran lot bebas.

"Selain itu, orang Melayu juga didapati tidak berminat untuk membeli hartanah seperti rumah kedai sehingga menyebabkan lot rumah kedai kuota Bumiputera yang dibina pemaju tidak terjual. Keadaan ini menimbulkan masalah kepada pemaju.

"Jawatankuasa itu akan merangka mekanisme bersesuaian supaya tiada pihak yang rugi," katanya kepada pemberita selepas mengadakan mesyuarat dengan Rehda di sini, kelmarin.

Rehda Kedah/Perlis diwakili Pengerusinya, Ricque Liew Yin Chew.

Asid benzoik dalam mi

⊆ 12:09 PM by junuih | ˜ 0 comments »




S.M. MOHAMED IDRIS menunjukkan sampel mi kuning yang tinggi kandungan asid benzoik di Pulau Pinang semalam.

PULAU PINANG 25 Nov. - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendedahkan wujud penggunaan asid benzoik secara haram dalam pelbagai jenis mi yang mampu memudaratkan kesihatan manusia.

Presidennya, S.M. Mohamed Idris berkata, penggunaan asid tersebut dikesan pada mi kuning, hor fun dan kuetiau di 30 gerai yang menjual barangan itu di beberapa lokasi di negeri ini.

Menurutnya, kajian itu dibuat pihaknya sejak seminggu lalu, selepas menerima satu contoh hor fun yang mengandungi asid tersebut daripada seorang pengguna di Selangor yang bimbang mengenai tahap kualiti makanan berkenaan.

Katanya, mengikut Akta Makanan penggunaan asid itu atau bahan pengawet tidak dibenarkan sama sekali, terutama untuk semua jenis pasta dan mi termasuk kuetiau, hor fun,mihun, laksa, makaroni dan spageti.

''Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia mendapati penggunaan asid itu boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit antaranya asma, rhinitis dan alergi selain dikaitkan kepada gejala hiperaktif di kalangan kanak-kanak.

''Dalam satu kajian ke atas beberapa sukarelawan yang diuji dengan dos asid benzoik selama beberapa hari mendapati mereka ini mengalami sakit kepala, lemah serta kepedihan yang teruk," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Akta dan Peraturan Makanan 1983, penggunaan asid benzoik hanya dibenarkan dalam pemprosesan makanan seperti pes cili, produk kacang soya yang ditapai, belacan, pati minuman, jeruk atau buah-buahan yang dikeringkan.

Selain daripada pati minuman yang memerlukan cairan, tahap maksimum yang dibenarkan oleh undang-undang dalam makanan ini ialah tidak boleh melebihi 1,000 parts per million (ppm) dalam apa jua keadaan sekalipun.

Justeru, CAP menggesa Kementerian Kesihatan untuk menjalankan pemeriksaan segera bagi mengawal penggunaan asid benzoik secara haram dalam mi dan juga mengawal penjualannya kepada orang awam kerana ia mudah didapati di kedai.

''CAP juga menghantar surat dan hasil kajian ini kepada pihak kementerian supaya tindakan tegas dan segera dapat diambil.

''Pesalah perlu dihukum dengan menggenakan denda serta penjara yang maksimum supaya mengingatkan peniaga betapa pihak kerajaan serius dalam menangani masalah ini," ujarnya.


La...jadi plak dah..awat yg jadi lagu tu...awat kita punya penguatkosa dok leka ka pa...kalu dok biaq lelama..haha kompom la rakyat malaysia antara paling ramai buleh sakit pree(tak sedar) nak beletiaq lelamo pun maleh tapi ingatla..zaman la ni memacam penyakit buleh serang..mau taknya makanan la memacam bahan kimia yang dia taruk..kononnya nak bagi tahan la..cantik la..gebu la..last-last yg buleh sakit pengguna..tak heran la hospital ngan klinik hehari penuh kengkadang sampei naik maleh nak pi amik obat kat spital kerajaan..haiiii tah sampai bila peniaga kita/pengilang/pemborong nak insap...jgn la semata-mata nk makan untong lebey sanggup merosakkan masyarakat sekitar..tak pa la tak kena kat dia..kena skali baru dia tau langit tinggi ka rendah....masa tu ayaq mata laa..... adiosss...~!!

Pengangguran makin meningkat...

⊆ 11:39 AM by junuih | ˜ 0 comments »

Avago no plan shutdown as no more in house production, hiring freeze.

ASE shut down every fortnightly on Monday starting from Nov 3.

Fairchild planned ‘Mass Vacation’ for 9 days leave in FY08

INTEL – No increment 2008 review, VSS for those under perform and massive cut cost/travel 2009, no shutdown plan yet

Motorola, Penang- Still hiring+profit, suspect got government ‘look after’, Singapore cellphone plant cut 800 job and now waiting for sale.

Siltera, kulim – Propose close down this Malaysian 1st Fab company, loss RM4billion in 2008

Flextronics 4 days week for Month Nov and Dec.

AMD Penang announced VSS lay off 500 employees.

Spansion force to take leave (5 days in this quarter)

Jabil and Flextronics Penang planned shut down from Dec 24 to Jan 4, will be 5 days leave.

Agilent planned shut down from Dec 24 to Jan 4, will be 6 days leave.

Fairchild planned 'Mass Vacation' for 9 days leave in FY08

Sony shutdown 25 Dec till 6th Jan 09, take 2 days annual leave

Panasonic plan for buy Sanyo.

San Disk announced layoff 450 – 500 employees.

Motorola announced layoff 3000 employees.

Wah...banyak skang musim kena buang orang kot..bilo ekonomi tak stabil camni la..ramai pekerja yang kena buang..penganguran makin meningkat nak buat camna nak salah kerajaan skang pun tak leh gak..kerajaan cuba takat mana dia mampu kalu tak pun tak wat camna kemampuan takat tue ja..tapi yang rakyat nie kena pikir juga jangan terlampau bergantung kepada kerajaan..sebab semua orang tahu .. kerja tidak menjamin kan 'financial security'.. tak kira kerja pa pun sama ada sektor awam mahu pun swasta..sama saja..aku simpati juga dengan yg kena buang kerja..ya la anak bini nak makan pa ...nak kerja lain pun lanie susah gak...nak bukak meniaga pun kalu tadak pengalaman dan pengetahuan dalam bidang yg nak diceburi takut bungkuih..dengaq kata kerajaan ada buat pelbagai program yang katanya dapat membantu melalui pelbagai kementerian...nak dok tunggu pun tak leh gak..sebab kemelesetan ekonomi ni takut akan makan masa...cubalah tgk.. mana tau untung rezeki siapa yang tahu..

tapi bagi orang belum lagi dibuang kerja..bersedia mungkin kita orang yang seterusnya ..cuba la cari sumber lain yang boleh di jadikan sampingan..asalkan tidak menggangu tugas hakiki kita sebagai penjawat awam mahupun swasta..skang ni nak berbelanja pun kena bijak kalu tak merangkak gak la..tapi paling bagus kalu berbelanja ikut la cara yang di saran kan oleh Dr. Bill Quin..berbelanja cara pro-sumer...berbelanja yang mana kita dapat balik pulangannya dalam bentuk wang (bukan baki belian) yang mana akhirnya menjadi pendapatan kedua/sampingan....

Haram vs haram

⊆ 11:22 AM by junuih | ˜ 0 comments »

Yang Nie dah keluaq FATWA HARAM...

http://i.ehow.com/images/GlobalPhoto/Articles/2047782/yoga2-main_Full.jpg



JADI nak tanya yang nie plak.. bila nak keluaq FATWA nya..??

http://www.gua.com.my/photobank/2008/3/13/full/MPPB_04045.jpg


Tahniah kepada Majlis Fatwa Kebangsaan kerana mengeluarkan fatwa haram keatas senaman Yoga yang di katakan mempunyai unsur agama dan pemujaan.. cuma sekarang ni timbul soalan ramai tok-tok guru dan para ustaz menyatakan bersanding tue haram..aku tak tau la sebab aku bukannya pandai sangat bab agama ni ..dulu maso blajaq dulu...aku ingat ustaz ada sebut dia kata bersanding nie haram..dalam syariat tadak cuma yang orang kita dok ikut nie terutama orang melayu di sebabkan adat..aku tatau la tapi mintak pandangan orang yg cerdik pandai bab agama ni tolong terang sat pasaipa yg dikatakan bersanding tue haram...dan kalu benarlah ianya haram, pasaipa Majlis FatwaKebangsaan tidak keluarkan fatwa bab bersanding nie.. konpius..konpiussss..~!!

Alor Star dipilih Bandar Raya Masa Depan Asia

⊆ 11:19 AM by junuih | ˜ 0 comments »



ALOR STAR Alor Star dipilih sebagai Bandar Raya Masa Depan Asia dalam kategori bandar raya kecil di rantau berkenaan, baru-baru ini oleh majalah terkemuka antarabangsa, itu bagi tahun 2007 dan 2008.

Pengiktirafan ke atas ibu negeri Kedah itu mengambil kira beberapa kategori termasuk potensi ekonomi, pelaburan dan perniagaan di bandar raya berkenaan.

Menurut majalah tersebut, Alor Star berada di tangga pertama bagi kelompok enam bandar raya kecil terbaik di Asia diikuti Newcastle (Australia) di tangga kedua, Jeju (Korea Selatan), Taoyuan (Taiwan), Gifu (Jepun) dan Ipswich (Australia).

Sementara itu, bagi anugerah Bandar Raya Masa Depan kategori bandar raya Asia, ia diraih oleh Hong Kong diikuti Singapura, Taipeh (Taiwan), Melbourne (Australia), Dalian (China), Shijiazhuang (China), Bandaraya Quezon (Filipina), Bandaraya Cebu (Filipina), Guangzhou (China) dan Bandaraya Davao (Filipina).

Bagi lima kelompok terbaik kategori potensi ekonomi, Hong Kong berada di depan diikuti Singapura, Dalian (China), Guangzhou (China) dan Quezon (Filipina).

Wah...bangganya aku sebagai anak jati kedah...pabila baca aktikel ni bukan senang nak dapat title nie...lepas ni Alor Star mula dikenali, pelbagai pelancong dan pelabur datang ke sini, ini dapat meningkat taraf hidup rakyat malaysia terutamanya rakyat kedah yang kebanyakannya masih dikategori sebagai miskin..ni usaha kerajaan terdahulu menaikkan taraf hidup rakyatnya..kerajaan sekarang kena kekalkan Alor Star sebagai bandaraya masa depan asia, jangan sampai tenggelam lak..


Demontrasi ladang babi di dataran Sg. Petani

⊆ 10:12 AM by junuih | ˜ 0 comments »


SUNGAI PETANI - Kira-kira 100 penduduk sekitar daerah ini dan Baling berkumpul bagi membantah isu ternakan ladang babi di negeri ini.

Mereka berhimpun secara aman yang turut disertai Pergerakan Pemuda UMNO Sungai Petani dan Baling serta beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili masyarakat Melayu sekitar daerah Kuala Muda.

Perhimpunan di Dataran Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSP) itu antara lain meminta kerajaan Kedah melupakan hasrat membuka ladang babi itu di mana- mana tempat di negeri ini kerana ia tidak sesuai diternak dalam lingkungan masyarakat yang rata- ratanya beragama Islam.

Antara NGO yang turut serta ialah Persatuan Belia 4B Negeri Kedah, Yayasan Sungai Petani dan Kelab Rakan Muda Sungai Petani.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Baling, Mohd. Khairul Azhar Abdullah yang juga jurucakap dalam perhimpunan itu turut membidas tindakan Pas yang beria mahu mewujudkan projek ladang babi di Kedah dan ia jelas tidak menghormati rakyat khususnya umat Islam.

Katanya, kerajaan negeri seharusnya mengambil kira sensitiviti masyarakat terutama orang Melayu sebelum membuat sebarang kelulusan mengenainya.

"Walaupun kerajaan negeri semalam mengumumkan ladang babi moden secara berpusat tak akan dibuka di Bukit Selambau, namun majoriti orang Melayu tetap tolak.

"Tak kira sama ada di Bukit Selambau mahupun tempat lain di Kedah, kita tetap bantah," kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.

Semalam, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menjelaskan, ladang babi moden secara berpusat tidak akan dibuka di Bukit Selambau selepas tidak mendapat kebenaran Jabatan Veterinar.

Menurut beliau, jabatan berkenaan membuat keputusan itu setelah mengambil kira beberapa aspek teknikal.

Kata Mohd. Khairul, pihaknya tidak mahu Kedah, negeri yang majoriti rakyatnya beragama Islam digelar sebagai antara negeri utama penternakan babi negara.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sungai Petani, Azhar Mahmud menegaskan, keputusan kerajaan Kedah yang tetap mahu meneruskan projek itu di lokasi lain di negeri ini tetap tidak boleh diterima.

Ambil berat masalah kami: Nelayan

⊆ 10:05 AM by junuih | ˜ 0 comments »



KUALA KEDAH – Rata-rata nelayan di bawah Persatuan Nelayan Kawasan Kuala Kedah (PNKKK) mengharapkan Jabatan Perikanan menimbang semula syarat-syarat yang dikenakan untuk memohon lesen vessel dan peralatan menangkap ikan.

Pengerusi PNK Kuala Kedah, Abdul Hamid Bahari berkata, seramai 600 nelayan di bawah persatuan ini memohon untuk mendapatkan lesen di Jabatan Perikanan, Kementerian Pertanian.

Menurutnya, pihak persatuan menerima permohonan daripada ahli dan menyelidik secara terperinci sebelum dihantar kepada Jabatan Perikanan.

“Seramai lebih 600 permohonan warga nelayan menghantarkan borang kepada persatuan dan pihak kami akan membuat siasatan serta menyelidik lebih terperinci mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

“Hanya 575 permohonan yang diluluskan di peringkat saringan melalui persatuan dan dihantar kepada Jabatan Perikanan untuk diproses tetapi hingga kini tiada perkembangan positif dilihat,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di pejabatnya di sini, kelmarin.

Ketika ditanya sebab permohonan itu tidak diluluskan hingga kini, Abdul berkata, pihak Jabatan Perikanan telah menetapkan peraturan bahawa nelayan tidak boleh menggunakan enjin jenis Ekor Panjang kerana ia tidak selamat digunakan.

“Kebanyakan nelayan di sini tidak mampu membeli enjin jenis Sangkut seperti yang disarankan kerajaan selain memerlukan kos yang tinggi untuk menyelenggara enjin berkenaan.

“Enjin Sangkut juga tidak fleksibel kerana tidak dapat bergerak pada permukaan yang berselut dan menyukarkan nelayan menangkap ikan,” katanya.

Beliau berkata, enjin Ekor Panjang bukan sahaja murah tetapi kos untuk menyelenggara juga jimat serta lebih mudah untuk dikendalikan berbanding enjin Sangkut.

“Harga enjin Ekor Panjang sekitar RM2,400 berbanding enjin Sangkut RM8,000 dan ini menyukarkan nelayan membelinya kerana pendapatan seharian tidak tinggi.

“Masalah ini menyebabkan mereka membuat permohonan tetapi gagal mendapatkannya kerana tidak menepati syarat yang ditetapkan, malah ada antaranya turun ke laut tanpa lesen Lesen Vesel dan peralatan menangkap ikan,” katanya.

Abdul Hamid berkata, tanpa lesen berkenaan, mereka tidak mendapat keistimewaan yang diberikan kerajaan pusat iaitu E-Diesel yang berfungsi sebagai subsidi minyak untuk bot-bot atau pukat nelayan beroperasi setiap hari.

“Selain kad E-Diesel, kerajaan juga memberi insentif RM200 sebulan kepada nelayan yang mempunyai lesen sementara Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) akan membayar sepuluh sen setiap kilogram hasil tangkapan laut yang dibawa ke pelantar yang telah diwartakan oleh LKIM,” katanya.

Beliau berkata, masalah kewangan untuk membeli enjin Sangkut bukan sahaja menyebabkan mereka tidak memenuhi syarat tetapi turut tidak mendapat keistimewaan yang diberikan kerajaan.

“Kepada pihak yang bertanggungjawab diharapkan mengkaji semula peraturan serta mengambil kira semua aspek terutamanya masalah kewangan nelayan.

“Mereka juga perlu meneliti keadaan geografi muka bumi kerana dasar lautan yang berselut di sesetengah tempat menyukarkan nelayan menggunakan mesin jenis Sangkut,” katanya.

PR ambil pendekatan baru

⊆ 12:03 PM by junuih | ˜ 0 comments »


oleh SinarHarian


KULIM - Parti di bawah Pakatan Rakyat (PR) akan terus membangunkan kawasan Kulim/Bandar Bharu dengan mengambil pendekatan baru bagi membangunkan ekonomi penduduk kawasan itu terutama Bandar Bahru yang sedikit mundur.

Ahli Parlimennya, Zulkifli Noordin memberitahu, pendekatan mikro membangunkan daerah ini diambil dengan menyentuh isu sebenar yang dihadapi rakyat dan kemudiannya digunakan dalam perancangan dan pembangunan tempatan.

“Apa yang kita maksudkan adalah pendekatan itu dimulakan dengan memberi tumpuan kepada kes-kes terpencil di mana ia membabitkan masyarakat setempat seperti keperluan terhadap keluarga miskin terutamanya membabitkan masalah perumahan rakyat,” katanya.

Menurut beliau, apa yang PR ingin rakyat tahu adalah kedudukan bajet yang agak terhad di mana mereka tidak mendapat peruntukan RM1 juta daripada kerajaan untuk pembangunan ini dan kerajaan PR perlu mencari dana sendiri.

“Contohnya, apabila terdapat masalah rumah keluarga miskin, kita mengeluarkan dana sebanyak RM60,000 bagi membantu tiga keluarga di Lubuk Buntar, Mahang dan Taka untuk mendapatkan rumah.

Pendekatan kedua yang akan dilaksanakan oleh kerajaan ialah inginkan kehidupan yang lebih aman dan selamat, untuk itu usaha mengurangkan masalah jenayah khasnya di Kulim, seperti kes pecah kenderaan, ragut perlu dilakukan, katanya.

Beliau memberitahu, bagi tujuan tersebut kerajaan merangka menubuhkan satu jawatankuasa bertindak baru dibentuk,” katanya.

Menurutnya, jawatankuasa seperti itu penting diwujudkan seperti yang telah dilakukan sebelum ini dengan menubuhkan Jawatankuasa Keselamatan Rakyat Kulim (JKRK), di mana tugasnya adalah untuk membantu polis dalam menyelesaikan masalah jenayah yang semakin meningkat di Kulim ini.

Zulkifli berkata, penubuhan jawatankuasa seperti JKRK itu perlu bagi membantu polis dalam membendung serta mengurangkan kes-kes jenayah di bandar ini dan menjadikan kawasan tersebut lebih aman dan selamat.

Mereka terbabit dalam jawatankuasa ini adalah individu yang mempunyai sistem komunikasi dua hala seperti pemandu teksi dan pemandu ‘tow-truck’, ini kerana kemudahan seperti itu akan lebih mudah untuk menghubungi pihak berkuasa.

“Kita sedia maklum masalah jenayah seperti kes ragut dan penyeluk saku adalah tinggi di daerah ini, tetapi sejak diwujudkan JKRK ini banyak perubahan berlaku dan kita dapati kes jenayah seperti ini semakin berkurangan, katanya.

Selain daripada itu, beliau memberitahu, kawasan yang perlu diberikan perhatian terhadap masalah penduduk di Bandar Bharu ini ialah di kawasan Permatang Pasir dan Parit Nibong.

Katanya, masih terdapat penduduk di kedua-dua kawasan berkenaan yang masih bergantung pada sistem tali air serta masalah penyelenggaraan. Kawasan ini juga sering dilanda banjir, sedangkan ini adalah kawasan penanaman padi.

Mana janji pilihan raya

⊆ 11:51 AM by junuih | ˜ 0 comments »



PADANG PUSING – Penduduk di Kampung Batu Hampar Kiri dekat sini, kesal dengan sikap sambil lewa pihak tertentu gagal menangani masalah infrastruktur dan kemudahan asas di tempat mereka.

Seorang penduduk, Mawardi Murad, 25, berkata, sekian lama mereka menunggu pembangunan dibawa masuk ke kampung itu seperti jalan berturap, tetapi hampa.

Katanya, beberapa kali mereka mengemukakan aduan terutama kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) dan juga wakil rakyat kawasan itu, semuanya gagal dan tiada tindakan diambil.

“Sehingga kini, sebanyak tiga permohonan diadukan kepada PBT berkenaan iaitu dari tahun 2000, 2007 dan awal tahun ini, malangnya permohonan itu tidak diambil tindakan.

“Apabila kita merujuk kepada PBT berkenaan, surat permohonan itu ada, namun tidak dilayan,” katanya kepada Sinar Harian di Kampung Batu Hampar Kiri dekat sini, semalam.

Menurut Mawardi, jalan yang mereka harapkan dapat diturap itu menjadi laluan utama ke pusat bandar dan kampung berhampiran seperti Kampung Kebun Sawa, Sukamari dan Tok Besah.

Katanya, lebih menyulitkan apabila hujan menyebabkan jalan tidak berturap itu berselut dan dinaiki air sehingga paras pinggang.

Seorang lagi penduduk, Abd. Hadis Ghani, 52, berkata, keadaan itu menyukarkan penduduk yang berkenderaan memasuki kampung berkenaan kerana tersangkut akibat selut.

“Kawasan ini mempunyai enam rumah melibatkan enam keluarga dan kami terpaksa menghadapinya walaupun pelbagai masalah berlaku,” katanya.

Menurut Yahaya Hussain, 57, membimbangkan mereka ialah jika ada kalangan penduduk menghadapi kecemasan.

Katanya, kenderaan tidak dapat masuk ke rumah berkenaan untuk membawanya ke hospital kerana sempit dan tidak berturap.

“Kita berharap pihak berkenaan mengambil langkah segera mengatasinya bagi memberi keselesaan kepada penduduk.

“Sudah tiba masanya, kerajaan negeri menunaikan janji pilihan raya untuk membantu rakyat dan membawa pembangunan kepada penduduk kampung,” katanya.

Masa kempen bukan main lagi...bila dh perintah kena bagi,....tak leh bagi sumer bagi la skit2..janji bagi..tak gitu??

Ladang babi tidak dibuka di Bukit Selambau

⊆ 11:44 AM by junuih | ˜ 0 comments »


sumber Oleh ZAINU'L AZHAR ASH'ARI


ALOR STAR 20 Nov. - Ladang babi moden secara berpusat tidak akan dibuka di Bukit Selambau selepas tidak mendapat kebenaran Jabatan Veterinar, kata Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Menurut beliau, jabatan berkenaan membuat keputusan itu setelah melihat daripada beberapa sudut teknikal.

''Sebenarnya, kelulusan tapak di Bukit Selambau adalah keputusan kerajaan terdahulu, kita cuma menghormatinya tetapi semalam Jabatan Veterinar tak benarkan, jadi ia tidak jadi di kawasan itu,'' jelas beliau.

Menteri Besar itu berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menggulung perbahasan Bajet 2009 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah Ke-12 di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan media mengenai pembukaan ladang babi moden di kawasan Bukit Selambau yang turut disentuh dalam persidangan DUN negeri ini.

Menurut Azizan, atas sebab teknikal itu, kemungkinan tapak lain yang lebih sesuai dan tidak menjejaskan keselesaan semua pihak akan dicari.

''Kita kena lihat sama ada pembukaan ladang penternakan babi ada bantahan atau tidak daripada orang ramai, sebab itu kena cari kawasan sesuai jauh dari penduduk," jelas beliau.

Ladang babi dibina jika tiada bantahan

⊆ 11:35 AM by junuih | ˜ 0 comments »


oleh utusan

ALOR STAR 19 Nov. - Kerajaan negeri hanya akan membuka ladang babi moden secara berpusat di kawasan Bukit Selambau jika ia tidak mendapat bantahan daripada penduduk tempatan.

Kerajaan negeri dalam jawapan bertulis pada Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah Ke-12 yang dikeluarkan hari ini memberitahu, tapak seluas 162 hektar itu telah diluluskan pada 4 Disember tahun lalu.

Jawapan bertulis itu juga menyebut, hanya satu syarikat dikenal pasti untuk mengendalikan ladang babi tersebut dan sebanyak 46,000 ekor babi dibenarkan diternak di ladang berkenaan.

Jawapan bertulis kerajaan negeri itu sebagai menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Bata, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md. Hanipah yang bertanyakan sama ada kerajaan negeri mempunyai perancangan untuk membuka ladang bagi menternak babi secara komersial bagi menampung keperluan masyarakat bukan Islam di negeri Kedah dan Pulau Pinang.

Jika dilaksanakan, kerajaan negeri akan mengikut Enakmen Pengawalan Penternakan Babi 1991 untuk memastikan kawasan penternakan tersebut dibina 300 meter dari kawasan penempatan penduduk.

Ia juga akan beroperasi menerusi sistem kandang tertutup dan lengkap dengan rumah penyembelihan.

⊆ 10:12 AM by junuih | ˜ 0 comments »

PLUS tawar diskaun mulai 1 Januari

Wong Teck Chi | Nov 18, 08 12:09pm

Semua kenderaan ringan yang menggunakan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Elite, akan menikmati potongan diskaun 10 peratus dari jam 12 tengah malam hingga 7 pagi.

plus highway 181108Tawaran diskaun tersebut berkuatkuasa selama dua tahun - dari 1 Januari ini hingga 31 Disember 2010.

Bagi musim perayaan Hari Raya, Tahun Baru Cina Deepavali dan Krismas, PLUS menawarkan 10 peratus lagi selama enam hari.

Manakala bagi penggunaan tol melebihi RM200 sebulan, pengguna boleh mendaftar dengan program setia PLUS - untuk mendapatkan diskaun 5 peratus mulai 1 Januari depan.

Tawaran ini adalah untuk pengguna kad Touch N' Go dan Smart Tag

p/s - baguih dok ada PLUS nie..meringgankan pengguna lebuhraya..walaupun langkah awal..nie dikira baik la juga..tapi kalu boleh tue biar la di gunakan pada waktu sibuk 7am-7pm..sekurang-kurangnya membantu mengurangkan masalah kesibukan jalan raya.. bagi pengguna touch n go plak.. tak yah la sampai RM200 baru nak bagi diskaun..letak la kadar minima RM50 pun dh kira ok..sebagai contoh si sengkek pi'e berulang pi kerja dari jitra ke Alor Star melalui lebuh raya utara selatan, caj yang dikenakan bagi Susur keluar Alor Star utara sebanyak 40 sen dan Alor Star selatan RM 1.40 ..meh kita pakat kira berapakah kadar tol dalam sebulan pi dan balik? pergh cam soklan peksa la plak... RM1.40 x 2 (pergi balik) x 30 harii = RM72 ..pakai naya la si sengkek pi'e .. dah la sengkek bertambah sengkek lagi la...tak pun buat macam tol jambatan penang, kalu pakai tiket kena RM7 kalu guna touch n go cuma RM5.50..tadak la jem sgt kat tol tiket..yg diskaun masa raya tue kira ok la...walaupun lom laksana lagi harap-harap pihak PLUS leh buat semakan semula..membantu mengurangkan beban pengguna di waktu ekonomi tgh meleset nie..

Aduhai ADUN PKR Kedah....

⊆ 10:00 AM by junuih | ˜ 0 comments »


sumber :- Jin Brabus

Assalammualaikum.......

Dalam keriuhan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih teraju negara tiba2 di Negeri Kedah riuh rendah kononnya akan berubah pentadbiran Kerajaan Negeri pada 18 Nov (hari ini). Hal ini mungkin menjadi kenyataan jika tindakan susulan dengan menyekat beberapa ADUN PKR yang tidak henti2 mau melompat ke Barisan Nasional dengan janji kononnya akan mendapat jawatan Timbalan Menteri Besar dan Exco akan diberi kepada ADUN tersebut di samping imbuhan keduniaan berupa wang ringgit berjumlah jutaan ringgit akan ditawarkan kepada malaun2 ini. Begitu juga dengan juak2 dan balaci yang taat dan setia kepada ADUN-ADUN ini.

Maklumat diterima kerja buat untuk melompat parti ini diterajuai oleh ADUN Lunas yang merupakan kepala kepada setiap perbincangan dengan bekas Menteri Besar Kedah di samping dibantu oleh broker2 politik taik minyak yang dulunya bekas pemimpin PKR negeri yang telah mengepak kad keahlian PKR dan hidup bersenang lenang hasil imbuhan daripada kerja2 pengkhianatan kepada parti yang berpusat di bahagian Merbok. Walau pun mereka telah keluar dari Parti tetapi masih lagi menjalankan kerja2 pengkhianatan ini demi untuk memuaskan nafsu serakah dan dendam kesumat yang tiada penghujungnya.Begitu juga broker2 politik taik minyak yang terdiri dari bekas ahli UMNO yang hanya menyertai PKR hanya setelah PKR menang pada PRU ke-12 bulan Mac lalu.

Bagi pengundi2 di DUN Lunas ingin sekali memesan kepada YB Radzi "SUDAHLAH YB, MAI LA JENGOK2 KAMI DI LUNAS". Tak payah lah buat kerja2 yang tak berfaedah tu, Maila tengok masalah kami terutamanya di Taman Selasih ni. Banyak masalah rakyat yang perlu diselesaikan. Kami kepingin bejumpa dan bersemuka dengan YB. Kami bukannya mau duit YB.......Kami cuma maukan khidmat dan sokongan dari YB sahaja. Jangan lah malu berjumpa kami. YB kena ingat kami yang mengangkat YB, Jadi jangan YB cuba2 mengkhianati kami. Kalau mai pun jangan lah mai sengap2. Pembantu YB pun seperti Din, Ilias a.k.a Songkok Tinggi dan Lan Gemok yang YB gunakan pun kami tau siapa mereka.

Si Songkok Tinggi dan Lan Gemok ni pun semasa kami kalut dok buat kerja di PRK Permatang Pauh, mereka dok kalut dok buat kerja2 nak jual parti. Kami tau perjumpaan mereka dengan Pecacai UMNO di Hosba dan Pekan Danork. YB pula kalut ke Indonesia dalam kalutnya kita tengah berkempen untuk DSAI. Herannya kami macammana PKR Kedah tidak memecat pengkianat2 parti seperti Ilias a.k.a Songkok tinggi dan Lan Gemok yang mempunyai niat untuk menjahanamkan Parti dan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah. Malaun2 ini menggunakan kapasiti atas jawatan mereka sebagai AHLI MAJLIS dan AJK PKR Bahagian untuk mendapatkan habuan yang tinggi semasa urusniaga dengan UMNO Kedah. Lan gemok pun dah naik mercedes Benz lani.......

Nak cerita sikit pasai ADUN Kulim. Beliau juga disyaki terlibat dengan kerja2 melompat parti ni. Beliau telah beberapa kali berbincang dengan broker2 politik dengan habuan jutaan ringgit jika bersetuju dengan syarat2 yang ditetapkan. Dengar khabarnya beliau sekarang telah berbincang secara terus tanpa melibatkan orang tengah dengan bekas MB Kedah beberapa kali. Khabarnya segala hutang2 peribadi dan perniagaan beliau yang dulu telah pun diselesaikan. BETOL KE?........ Wah, senangla macam tu, tak payah jual handfon dan kad prabayar lagi. Boleh tutup kedai la YB Lim oi.........Lu jangan ingat kami tarak tau aaaa,,,,,,Dah lah ahli Parlimen Kulim serupa Pelak,pembantu2 AP Kulim macam merak buih, Adun Kulim pula serupa.........! Kesian kat Dato' Seri MB Kedah. Dari hari kesehari mesti Pikiaq " Esok aku masih MB lagi ke!..Takut hari2 dok pikiaq hal tu kerja lain tak menjadi........

Jadi sebagai pemerhati politik semasa yang tiada berkepentingan ingin berpesan kepada YB2 PKR Kedah agar melaksanakan amanah dan tanggung jawab kepada rakyat di bawah. Janganlah terlalu memikirkan habuan keduniaan sangat. ingatlah kepada rakyat terutamanya yang menjulang hangpa sampai ketahap setinggi ini. Pada YB Lunas tak payah la rasa malu untuk balik ke kawasan. Kami pengundi kat sini tak kata apa pun. Untuk YB Kulim jangan hang ingat kami tak yau kerja buat hang. Jangan lah dok pandang kulit sangat. Bagi Ahli Parlimen Kulim BB, hang nak masuk UMNO hang pi sorang2, jangan dok hasut Ahli parlimen lain. Dan yang pastinya semua ADUN PKR yang lainnya perlulah bermuhasabah diri. Insaflah dan teruskan bersama Kerajaan Pakatan Rakyat. Teruskan khidmat anda kepada Rakyat. Barulah...."KEDAH SEJAHTERA'..

JIN BRABUS....
18.11.2008

Usah menyibuk hal orang- Ustaz Azizan

⊆ 9:48 AM by junuih | ˜ 0 comments »


oleh SUkj


CUKUP hebat Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak bila berdepan dengan PKR dan DAP, dalam isu dasar baru kerajaan Pas Kedah berhubung pemilikan kuota rumah Bumiputera yang dinaikkan daripada 30 kepada 50 peratus.

Baru padan muka pemimpin PKR dan DAP. Mereka ingat, gabungan Pakatan Rakyat, merekalah ketuanya. Rupa-rupanya, Pas tidak pernah pun mengikhtirafkannya. Apa yang mahu mereka katakan. Masalah yang mereka hadapi, cuba mereka sembunyikan.

Azizan berkata, pemimpin PKR dan DAP dari luar Kedah tidak layak untuk campur tangan hal dalaman negeri itu selain tidak berhak mengajar beliau membuat keputusan terutama membabitkan perkara berkaitan dasar kerajaan Pas Kedah.

Dengan lain perkataan, Azizan ingin memberitahu PKR dan DAP, usah menyibuk hal orang. Jaga diri masing-masing, jaga parti masing-masing. Cuma, latarbelakang Azizan sebagai ustaz tidak menyebabkan beliau bercakap kasar seperti itu tetapi, maksudnya begitulah…perbetulkan diri masing-masing dulu sebelum mengajar orang lain.

"Mereka (pemimpin PKR dan DAP) bukan bos saya, bos saya hanya Pas Pusat dan saya hanya akan mendengar arahan daripada pemimpin Pas.

"Kenapa Azmin (Azmin Ali,Naib Presiden PKR) menyibuk? Sedangkan saya tidak pernah mencampuri urusan dalaman negeri Selangor atau Pulau Pinang walaupun ada antara dasar yang mereka putuskan itu menguris hati orang Islam dan Melayu," katanya kepada sebuah akhbar berbahasa Malaysia, Sabtu, 15 November lalu.

Kalau para pengundi mengikuti perkembangan ini, sekarang mereka akan sedar betapa teruknya PKR apabila satu-satu perkara yang dibuat dilihat menguntungkan Melayu dan Islam, mereka akan berusaha untuk menggagalkannya. Tetapi jika ada bukan Melayu yang menghina Melayu, mereka diam, seperti kura-kura menyembunyikan kepalanya.

Lebih-lebih lagi Azmin, dia cukup berkuasa dalam PKR. Tidak hairanlah, ramai yang bertindak meninggalkan parti itu kerana tidak tahan dengan penguasaan Azmin yang sentiasa dilihat menguasai pemikiran Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Di kalangan bekas kawan-kawan Azmin mengatakan, Anwar lebih 'mesra' dengan Azmin dari Datuk Seri Dr. Wan Azizah Ismail. Kata mereka, susah kalau mahu berbincang hal-hal politik sekiranya Azmin ad sama dalam satu-satu pertemuan itu.

Jika orang dalam PKR tidak berani menegur Azmin, Alhamdulilah Azizah bertindak lebih keras dari yang lain-lain. Lim Kit Siang tentunya terkejut dengan 'pukulan maut' Azizan itu, walaupun selepas ini media milik mereka akan melaporkan 'mereka sudah berdamai' dan semua masalah sudah berjaya diselesaikan.

Hakikatnya, mereka menyapu sampah ke bawah permaidani.

Bimbang premis mesin kuda

⊆ 9:41 AM by junuih | ˜ 0 comments »


oleh SinarHarian


KUALA KEDAH - Penduduk di pekan Kuala Kedah bimbang kewujudan sejumlah premis yang menyediakan mesin permainan berunsur judi atau lebih dikenali sebagai ‘mesin kuda’ yang wujud seperti ‘cendawan selepas hujan’ dan dapat meningkatkan masalah sosial setempat.

Ahli Jawatankuasa Kema-juan dan keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Cawangan Tok Pasai, Bakar Mat berkata, pada peringkat permulaan cuma terdapat sebuah premis mesin kuda di pekan ini dan kini meningkat kepada empat.

“Kewujudan premis-premis ini bukan sahaja memberi kesan sosial kepada golongan dewasa, malahan ia turut menarik golongan remaja termasuk pelajar untuk berjudi selain bebas merokok dan mungkin boleh terbabit dengan penagihan dadah,” kata Bakar.

Ketika tinjauan, didapati golongan pelajar yang berpakaian seragam juga bebas memasuki premis-premis berkenaan.

Salah seorang penduduk, Rahimah Saad, 32, berkata remaja semakin ramai yang ketagih untuk mengunjungi premis-premis berkenaan.

Menurutnya seorang anak jirannya sudah ketagih bermain dengan mesin kuda itu sehingga sanggup mencuri wang ibu bapanya.

“Diharapkan pihak yang bertanggungjawab membuat tindakan sewajarnya bagi membenteras aktiviti tidak sihat itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Abdul Ghafar Rajab berkata, pihak polis akan menjalankan siasatan lanjut berhubung kewujudan premis berkenaan dan tidak akan bertolak ansur sekiranya benar ia beroperasi secara haram dan menyediakan perkhidmatan mesin kuda seperti yang didakwa oleh orang ramai di situ.

“Orang ramai tidak perlu khuatir kerana pihak polis akan menjalankan siasatan lanjut berhubung permasalahan itu dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya secepat mungkin bagi mengatasi masalah berkenaan.

“Kebanyakan premis menyediakan mesin permainan mempunyai lesen yang telah dikeluarkan oleh pihak Majlis Bandaraya Alor Star (MBAS).

“Tetapi sekiranya ia mengandungi beberapa kesalahan seperti menyalahi permit permit lesen yang diluluskan dengan meletakkan mesin permainan tidak dibenarkan serta terdapat unsur-unsur perjudian kami akan bertindak,” katanya ketika dihubungi.

Melayu paling ramai pendapatan bawah RM1,000

⊆ 9:11 AM by junuih | ˜ 0 comments »


Oleh WAN SYAMSUL AMLY

KUALA LUMPUR 11 Nov. – Kaum Melayu merupakan kumpulan terbesar dalam senarai penduduk negara ini yang pendapatannya di bawah RM1,000 sebulan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk S. K. Devamany berkata, berdasarkan Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah (HIS) yang dijalankan Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun lalu, sebanyak 301,000 isi rumah kaum Melayu memperoleh pendapatan di bawah RM1,000 sebulan.

‘‘Sebanyak 495,500 isi rumah yang mempunyai pendapatan di bawah RM1,000 sebulan secara keseluruhannya.

‘‘Pecahan itu merangkumi 50,900 isi rumah kaum Cina, India (29,000), Kadazan (29,300), Orang Asli (7,500) dan lain-lain (78,800),” katanya semasa menjawab soalan Dr. Micheal Jeyakumar Devraj (PKR- Sungai Siput) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata, bagi kumpulan berpendapatan antara RM1,001 hingga RM2,000 pula, keseluruhan bilangan isi rumah ialah 1,695,900 isi rumah dengan 976,500 daripadanya adalah Melayu, 338,300 (Cina), 125,300 (India), 38,800 (Kadazan), 9,800 (Orang Asli) dan 207,200 untuk kaum-kaum lain.

Dalam pada itu katanya, sebanyak 1,144,700 isi rumah memperoleh pendapatan antara RM2,001 hingga RM3,000.

‘‘Seramai 614,700 daripada mereka adalah orang Melayu, 300,800 (Cina), 121,500 (India), 15,300 (Kadazan), 2,500 (Orang Asli) manakala 89,900 isi rumah daripada kaum-kaum lain.

‘‘Bagi pendapatan antara RM3,001 hingga RM4,000 terdapat sebanyak 743,000 isi rumah dengan 380,500 daripadanya adalah Melayu, 234,700 (Cina), 73,300 (India), 8,900 (Kadazan), 1,000 (Orang Asli) dan 44,600 kaum lain.

Katanya, seramai 497,800 isi rumah memperoleh pendapatan antara RM4,001 hingga RM5,000 pula dengan 254,700 daripadanya adalah Melayu, 166,600 (Cina), 44,800 (India), 6,900 (Kadazan), 200 (Orang Asli) dan 24,600 kaum lain.

‘‘Bagi pendapatan antara RM5,001 hingga RM10,000, ia membabitkan seramai 914,200 isi rumah.

‘‘Daripada jumlah itu, 419,200 adalah Melayu, 368,400 (Cina), 76,800 (India), 13,400 (Kadazan) dan 36,500 lain-lain kaum.

‘‘Sebanyak 235,300 isi rumah memperoleh pendapatan antara RM10,001 hingga RM20,000 dengan 85,700 adalah Melayu, 118,700 (Cina), 23,400 (India), 800 (Kadazan) dan 6,700 kaum lain,” jelasnya.

Sementara itu, terdapat 49,500 isi rumah yang memperoleh pendapatan melebihi RM20,000 sebulan dengan 16,500 adalah Melayu, 27,900 (Cina), 3,600 (India) dan 1,500 dari kumpulan etnik lain.


Singapura pun ada kuota!

⊆ 4:26 PM by junuih | ˜ 0 comments »




Kerajaan negeri Selangor kerap mendapat rungutan dari pemaju-pemaju perumahan tentang kuota kaum yang dikenakan ke atas mereka.

Baru-baru ini di Kedah, pemaju-pemaju melalui persatuan mereka telah mengugut untuk membawa ke mahkamah jika kerajaan negeri itu berkeras untuk mengenakan kuota kaum 50:50. Ini bermakna bagi setiap pembangunan perumahan, jualannya mestilah 50 peratus kepada Bumiputera dan 50 peratus kepada bukan Bumiputera.

Di Selangor, kuota ini tidak sama bagi setiap daerah, ada yang 70:30 dan ada yang 30:70.

Kuota ini adalah untuk memastikan pemilikan harta yang seimbang di kalangan kaum-kaum dan integrasi kaum.

Di sidang DUN Selangor yang lepas, terdapat ADUN Pakatan Rakyat yang membangkitkan polisi ini malah mengecamnya.

Sebenarnya bukan sahaja negeri-negeri di Malaysia yang melaksanakan kuota kaum. Negara jiran kita, Singapura, juga melaksanakan kuota kaum bagi perumahan awam.

Sebelum ini terdapat pemaju-pemaju perumahan yang berkata di Singapura tidak ada kuota, mungkin mereka tidak tahu atau tahu tetapi sengaja mahu menjadikan ia alasan!

Di Singapura, terdapat kuota kaum bagi jualan pangsapuri-pangsapuri Housing Development Board (HDB). Hampir 90 peratus rakyat Singapura tinggal di rumah-rumah sedemikian.

Terdapat satu polisi HDB yang dinamakan “Ethnic Integration Programme” (EIP) atau Program Integrasi Kaum. Menurut polisi ini terdapat kuota bagi kaum bagi setiap pembangunan HDB. Ini bermakna jika kuota bagi satu kaum itu telah cukup maka kaum tersebut tidak boleh membeli rumah situ.

Saya tidak menjumpai peratus kuota HDB ini di dalam laman webnya tetapi ianya menjadi isu hangat semasa pilihanraya umum Singapura yang lalu. Parti pembangkang, Workers Party, membantah kuota-kuota yang ditetapkan oleh pemerintahan People’s Action Party (PAP). Ianya pernah didedahkan di dalam suratkhabar, diberitakan kuota tersebut adalah 84 peratus bagi Cina dan 22 peratus bagi Melayu.

Ini bermakna di dalam satu pembangunan HDB, jumlah orang Cina tidak lebih dari 84 peratus dan orang Melayu tidak lebih dari 22 peratus.

Maka jika sudah ada 22 peratus orang Melayu di situ maka orang Melayu tidak boleh membeli rumah di situ lagi. Menurut pemerintah Singapura, polisi ini adalah untuk memastikan tidak akan wujud pembangunan yang hanya dipenuhi oleh satu kaum sahaja.

Nampaknya sistem kuota kaum bagi perumahan di Singapura yang menghadkan hanya 22 peratus orang Melayu di satu pembangunan adalah lebih berat sebelah dari kuota 50:50 atau 30:70 di Malaysia.

sumber: iskandar abd samad


p/s Singapora pun wat kuota...

Kenyataan Media Kelab Penyokong Hijaukuning (HKC)

⊆ 12:00 AM by junuih | ˜ 0 comments »





KELAB PENYOKONG HIJAUKUNING (0163052)

HKC KECEWA SANDIWARA OTHMAN AZIZ



Merujuk kepada tindakan bekas Pengurus Pasukan Kedah, Datuk Othman Aziz menarik kembali perletakkan jawatannya, pihak Kelab Penyokong Hijau Kuning (HKC) menganggap ia sebagai satu sandiwara yang cukup memualkan. HKC hairan dengan pengumuman Datuk Othman Aziz kerana HKC difahamkan kontrak Datuk Othman Aziz sudah pun tamat setelah tamat pertandingan yang melibatkan pasukan Kedah dan bukannya sehingga 2009 seperti yang didakwa. Justeru bagaimana Datuk Othman Aziz boleh mendakwa dirinya meletak jawatan dari menjadi Pengurus pasukan Kedah dan kemudiannya menarik balik perletakkan jawatannya? Sudah pasti Datuk Othman Aziz mempunyai agenda yang tersirat.

HKC berharap pihak pihak yang berkaitan dapat memberi penjelasan tentang isu ini.

HKC juga meminta Datuk Othman Aziz supaya berhenti memporak perandakan ‘the winning team’ untuk kepentingan peribadi agar kejuaraan yang dikecapi dapat dikekalkan.


Berkenaan isu penyelewengan dan salah guna kuasa dalam KFA, HKC berharap satu siasatan yang telus dan adil dapat dilaksankan bagi menjamin kesinambungan kejayaan yang telah dicapai.

SOKONGAN KAMI BUKAN SEKADAR KETIKA MENANG, SOKONGAN KAMI SEPANJANG ZAMAN

Romzie Hasan Hussin
Timbalan Presiden
Kelab Penyokong Hijaukuning (HKC).

MAS cadang sedia penerbangan terus haji Alor Star-Jeddah

⊆ 10:37 PM by junuih | ˜ 0 comments »


oleh Utusan

KUALA TERENGGANU 13 Nov. - Penerbangan Malaysia (MAS) bercadang menyediakan penerbangan terus untuk jemaah haji dari Lapangan Terbang Alor Star (LTAS) ke Jeddah tahun depan, dalam usahanya menyediakan kemudahan terbaik kepada umat Islam menunaikan rukun Islam itu.

Penolong Pengurus Besar (Haji dan Penempahan) MAS, Kapten Nik Huzlan Nik Hussin berkata, rundingan ke arah itu sedang berlangsung dengan pihak-pihak yang terbabit.

Beliau berkata, dengan adanya penerbangan terus Alor Star-Jeddah, ia membuktikan keprihatinan MAS kerana apabila dilaksanakan ia mampu menjimatkan perbelanjaan jemaah haji dari Kedah.

''Begitu juga di Terengganu, apabila kita mengadakan penerbangan terus ke Jeddah, keluarga jemaah boleh jimat wang kerana untuk ke ibu negara mereka pastinya menghabiskan wang antara RM1,000 hingga RM2,000 seorang," ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas meraikan kumpulan pertama 355 jemaah haji dari Pantai Timur yang menaiki penerbangan pertama MAS secara terus ke Jeddah dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di sini hari ini.

Hadir sama Yang DiPertua Majlis Penasihat Pemangku Raja Terengganu, Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud; Menteri Besar, Datuk Ahmad Said; Pengerusi Tabung Haji, Tan Sri Abi Musa Asa'ari dan Pengarah Eksekutif MAS, Tengku Azmil Zahruddin.

Menurut Nik Huzlan, selain penerbangan terus Alor Star-Jeddah dan Kuala Terengganu-Jeddah, MAS juga bercadang membawa jemaah haji dari Selatan Thailand.

''Setakat ini, MAS membawa 13,500 jemaah haji dan ia akan ditambah jika ada permintaan," katanya.

Mengenai penerbangan pertama dari LTSM hari ini, Nik Huzlan memberitahu, jemaah haji berlepas pada pukul 11.50 pagi menaiki pesawat MH8036.

Katanya, sebanyak lapan penerbangan terus akan berlepas dari LTSM ke Jeddah untuk membawa jemaah haji dari Pantai Timur hingga 25 November ini manakala penerbangan balik bermula 26 Disember ini hingga 9 Januari depan.

3,482 calon dapat semua A di Kedah

⊆ 10:12 PM by junuih | ˜ 0 comments »

oleh Utusan

ALOR STAR 13 Nov. - Seramai 3,482 pelajar atau 8.69 peratus daripada 40,991 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2008 di negeri ini berjaya memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran yang diambil.

Pengarah Pelajaran Kedah, Shahidan Abd. Rahman berkata, keseluruhan pelajar yang berjaya menguasai tahap minimum dalam semua mata pelajaran pula ialah seramai 24,775 orang atau 61.84 peratus.

Katanya, pencapaian gred purata negeri pada tahun ini ialah 2.417.

"Tahniah dan syabas kepada semua pihak yang terlibat mendidik murid-murid di negeri ini sehingga ramai di kalangan mereka berjaya dengan cemerlang," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam pada, kejayaan para pelajar yang berasal daripada pelbagai latar belakang taraf kehidupan membuktikan setiap orang mampu memperoleh kecemerlangan dalam UPSR selagi ada usaha dan kemahuan.

Seorang anak pesawah, Nor Shamira Shanum dari Kampung Pulau Pisang, Tunjang membuktikan latar belakang keluarganya bukan penghalang baginya meraih keputusan 5A dalam UPSR.

Pelajar Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin, Jitra itu sebaliknya menjadikan kesusahan hidup keluarganya itu sebagai pendorong untuk belajar bersungguh-sungguh dengan harapan mahu mencipta kejayaan sekali gus membantu keluarganya menikmati kehidupan yang lebih baik.

"Saya amat gembira dengan keputusan ini dan berharap cita-cita untuk menjadi seorang doktor akan menjadi kenyataan supaya dapat membantu keluarga apabila dewasa nanti," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.