Showing posts with label isu semasa. Show all posts
Showing posts with label isu semasa. Show all posts

White Coffee (Oldtown Kopitiam) Non-Halal

⊆ 12:00 AM by junuih | ˜ 0 comments »

Dilulus terbit pada Tuesday, December 23 @ 22:30:00 MYT oleh TokPenghulu
Maklumat

"

 Harap disebarkan maklumat kepada seluruh umat islam di Malaysia. Saya rasa ramai yang jahil seperti saya terpedaya dengan logo HALAL di pelbagai restoran di bumi Malaysia ini. Sila baca email yang saya terima di bawah:-

Kalau kita tidak berdakwah..kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak.sesuai dgn firmanNya dlm surah Al-A'raf,surah ke 7,ayat ke 164:



"Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?" Mereka menjawab: "Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa".

ayat ini.pula .

"Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui."

(Al-Baqarah ayat 42)

"Makanan itu menjadi DARAH & DAGING yang kita usung setiap hari."



Tidak hairanlah apabila kita mudah terpedaya dalam hasutan syaitan & musuh islam. Lalai & malas dalam

mengerjakan perintah Allah sbn seterusnya tidak terdaya mencegah amar mak'aruf nahi mungkar. Apakan tidak, apabila darah yang mengalir & daging yang membesar kita sirami dengan makanan yang tidak diberkati seterusnya 'HARAM' untuk dimakan.

WHITE COFFEE Oldtown Kopitiam 'WCOK' telah beroperasi bermula sekitar tahun 1999. Dimana diawal penubuhan status HALAL sebenarnya telah diragui lagi.

Beberapa produk yang harus diragui STATUS HALAL & dikenalpasti HARAMnya

ialah:-

-Nissin Noodles (Mee Segera Nissin Noodles) yang diimport dari Hong Kong (tertulis dipaket bungkusan)

-Daging Salai yang digunakan pada hidangan Sandwish & Nissin Noodles juga diragui status halalnya. Ini kerana pada waktu awal penubuhan White Coffee Oldtown Kopitiam 1999 tiada dipasaran Malaysia yang menjual Daging Salai HALAL. Perkara ini anda boleh rujuk kepada para penyelidik, pensyarah & pelajar di Fakulti/ Jabatan Perhotelan @ F&B / Food & Beverages.

-Minyak yang digunakan didalam penyediaan menu 'Ipoh Ho Fun @ Ipoh Kuew Teaw Sup'. Minyak tersebut dihasilkan sendiri oleh WCOK dan tidak terdapat dipasaran. Hanya diberitahu ianya minyak udang. Tetapi adakah ianya benar & tiada campuran lain?

-Herbal Jelly adalah produk yang diimport daripada China. Diberitakan, antara isi kandungannya adalah kulit kura-kura. Khasiatnya dikatakan dapat memanaskan anggota dalaman badan (persoalannya - bolehkan UMAT ISLAM makan yang terhasil daripada KURA-KURA)

Apa yang membuatkan UMAT ISLAM diMalaysia TERPEDAYA dengan status HALALnya ialah salinan sijil HALAL yang dikeluarkan oleh JABATAN AGAMA ISLAM PERAK @ 'JAIPK' pada beberapa produknya dijaja dengan mengatakan JAIPK akan memberi STATUS HALAL pada semua produknya yang sehiingga kini (dari awal penubuhnnya-dekat 10tahun dah) masih lagi tidak diperoleh Sila layari laman Web WCOK. Hanya sijil halal bagi beberapa produk yang disahkan oleh JAIPK yang dijajanya. Berbagai anugerah telah diperolehi, namun STATUS HALAL BAGI RESTORENNYA masih lagi TIDAK BERJAYA DIPEROLEHI.

KENAPA & MENGAPA? Maka itulah umat islam dinegara ini terpedaya dengan helah apabila nama JAIPK digunakan.

Selain daripada penyalahgunaan Sijil Halal yang dikeluarkan oleh JAIPK umat islam juga terpedaya dengan paparan pekerja islam yang diambil bekerja. Dimana dengan mengatakan yakni makanan yang dihidangkan adalah halal, maka pekerja-pekerja islam ini telah terpedaya untuk berkerja seterusnya menjadi penipuan yang tidak diketahui mengenai status halal makanan direstoren tersebut. Bagi pengunjung-pengunjung, apabila melihat Sijil HALAL yang dipaparkan (yang dikeluarkan oleh JAIPK bg sesetengah produk sahaja & bukan yang dikeluarkan oleh JAKIM yakni pengesahan makanan yang dihidangkan oleh restoren terbabit adalah HALAL semuanya) serta pekerja-pekerja islam (yang tidak mengetahui akan Status Non-HALAL yang dihidangkan.Siap pakai tudung lagi) maka dengan mudahnya mereka memasuki dan menjamahnya.

Seperti apa yang berlaku di KULIM, KEDAH bagi Kopitiam PAK'HAINAN (juga 'TIDAK HALAL'). Sungguh menyedihkan apabila pengurus restoren beragama Islam dan berbangsa Melayu tidak mengendahkan & mengetahui status HALAL bagi makanan yang dihidangkan. Papan tanda diluar restoren juga sungguh besar menunjukkan pekerja islamnya memakai tudung menghidangkan makanan.

Begitu juga yang berlaku di TESCO Seberang Jaya, Perai pula Kopitiam WHITE HOUSE (juga 'TIDAK HALAL') selain menghidangkan `noodles @ mee'

yang TIDAK HALAL dan beberapa menu lagi yang tidak diketahui Status HALAL HARAMnya, mereka juga dengan selamba & tampa rasa bersalah mengunakan LOGO HALAL JAKIM tampa kelulusan. Apabila ditanya, mereka menjawab produk mereka semuanya HALAL. Dan apa buktinya bagi Noodles @ Mee Import yang dihidangkan dan beberapa produk lain, tidak tahu jawapannnya.

Di TESCO Kajang pada tahun 2006, WHITE COFFEE Oldtown Kopitiam telah menghidangkan `noodles @ Meenya' yang antara isi kandungannya terdapat 'LUNCHEON MEAT'. Aduan telah dibuat, namun tiada tindakan daripada pejabat Agama diambil bagi men`yamak' restoren terbabit.

Perkara ini telah disahkan oleh perkerja Islam White Coffee Oldtown Kopitiam (kini telah berhenti apabila mengetahui perkara ini) selain daripada pekerja pihak pengurusan berbangsa Cina (juga telah berhenti apabila menghadapi tekanan daripada pelanggan mengenai Status HALAL JAKIM).

Selain itu, walaupun WCOK telah membuka sehingga melebihi 100 cawangan dari tahun 1999-2008 diseluruh negara yakni dari utara hingga ke selatan namun STATUS HALALnya masih lagi tidak diperolehi. Dalam masa 10tahun, 100 cawangan telah berjaya dibuka dengan menghidangkan kepada UMAT ISLAM MALAYSIA makanan yang HARAM. Dan sungguh menyedihkan apabila pihak JAKIM selaku pihak Jabatan Agama yang bertanggungjawab di negara ini mengambil sikap berdiam diri. Adakah seseorang dijabatan ini telah disogok agar tiada isu dibangkitkan & tindakan diambil walaupun sebenarnya telah ada aduan yang dibuat. Apakah pihak di JAKIM hanya melihat kepentingan yang akan diperolehi dengan tindakan ini tetapi tidak PERHINTUNGAN di PADANG MASYAR nanti? Apakah perlu adanya aduan baru ada tindakan? Sedangkan pihak JAKIM telah melihat begitu ramai umat islam menjamah makanan di `WHITE COFFEE OLDTOWN KOPITIAM' yang 'TIADA STATUS HALAL' dan kini terbukti 'TIDAK HALAL' nya. Adakah tiada pemantauan dan tindakan bagi pihak yang `TIDAK MENDAPAT KEBENARAN/ KELULUSAN' JAIKIM menjugakan LOGO HALAL JAKIM?

Hanya beberapa Kopitiam sahaja yang prihatin & dilihat telah mendapat `PENGESAHAN SIJIL HALAL JAKIM' walaupun baru setahun jagung dibuka.

Seperti SWENZ KOPITIAM & KAPITAN KOPITIAM. Dimana melalui produk menunya didapati sememang tiada makanan yang diimport dari TAIWAN, HONG KONG & JEPUN yang kebanyakkannya tidak HALAL. Mengapa restoren ini boleh mendapat Status HALAL JAKIM & terdapat sesetengahnya TIADA HALAL JAKIM.

Jawapannya MUDAH, ini kerana sesetengah hidangan makanan yang dihidangkan di Rangkaian Kopitiam seperti:-

-WHITE COFFEE OLDTOWN Kopitiam,

-NEWTOWN Kopitiam

-WHITE HOUSE Kopitiam

-PAK HAINAN Kopitiam

-JOM BALI Kopitiam

adalah 'TIDAK HALAL'

Merujuk kepada isu yang dinyatakan, sebenarnya selain kita empunya diri yang akan dihisab kerana memberi makan kepada anggota tubuh dengan makanan yang di HARAMkan seharusnya Jabatan Agama mengambil tindakan segera didalam mewajibkan status HALAL & HARAM diperolehi bagi setiap kedai makan @ restoren yang beroperasi. Pihak JAKIM seharusnya menjalinkan kerjasama bersama Majlis Perbandaran yang memberi & mengeluarkan LESEN perniagaan agar MEWAJIBKAN bagi restoren & food court (mungkin tidak termasuk gerai) mempamirkan STICKER TIDAK HALAL. Bagi yang mengatakan restoren mereka adalah HALAL hendaklah mendapatkan sijil & pengesahan Status HALAL daripada JAKIM terlebih dahulu sebelum beroperasi. Ini bertujuan agar UMAT ISLAM dinegara ini tidak dihidangkan makanan yang TIDAK HALAL dengan PENIPUAN apabila hanya dengan menunjukkan sijil halal bagi beberapa produk sahaja dan mengunakan PEKERJA ISLAM yang terpedaya & Jahil.

Ini agar umat islam dinegara ini tidak terpedaya dengan Helah pengusaha yang asyik mengejar keuntungan dengan menyajikan makanan HARAM kepada umat islam dengan hanya mengatakan yakni tiada babi & minuman keras dihidangkan (NO PORK & LARD) tetapi sebenarnya ada.

Apakah Halal sesuatu makanan itu jika bukan babi yang dihidangkan.

Tetapi bagaimanakah jika terdapat isi kandungannya diragui status halal (yakni diperbuat daripada unsur babi itu sendiri). Selain itu, jika Nasi Lemak serta menu lain boleh disahkan status HALALnya, bagaimanakah dengan pinggan mangkuknya yang telah dibasuh sekali dengan pinggan mangkuk yang menghidangkan menu HARAM ini. tidakkah jatuh hukumnya HARAM jua.

Asid benzoik dalam mi

⊆ 12:09 PM by junuih | ˜ 0 comments »




S.M. MOHAMED IDRIS menunjukkan sampel mi kuning yang tinggi kandungan asid benzoik di Pulau Pinang semalam.

PULAU PINANG 25 Nov. - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendedahkan wujud penggunaan asid benzoik secara haram dalam pelbagai jenis mi yang mampu memudaratkan kesihatan manusia.

Presidennya, S.M. Mohamed Idris berkata, penggunaan asid tersebut dikesan pada mi kuning, hor fun dan kuetiau di 30 gerai yang menjual barangan itu di beberapa lokasi di negeri ini.

Menurutnya, kajian itu dibuat pihaknya sejak seminggu lalu, selepas menerima satu contoh hor fun yang mengandungi asid tersebut daripada seorang pengguna di Selangor yang bimbang mengenai tahap kualiti makanan berkenaan.

Katanya, mengikut Akta Makanan penggunaan asid itu atau bahan pengawet tidak dibenarkan sama sekali, terutama untuk semua jenis pasta dan mi termasuk kuetiau, hor fun,mihun, laksa, makaroni dan spageti.

''Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia mendapati penggunaan asid itu boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit antaranya asma, rhinitis dan alergi selain dikaitkan kepada gejala hiperaktif di kalangan kanak-kanak.

''Dalam satu kajian ke atas beberapa sukarelawan yang diuji dengan dos asid benzoik selama beberapa hari mendapati mereka ini mengalami sakit kepala, lemah serta kepedihan yang teruk," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Akta dan Peraturan Makanan 1983, penggunaan asid benzoik hanya dibenarkan dalam pemprosesan makanan seperti pes cili, produk kacang soya yang ditapai, belacan, pati minuman, jeruk atau buah-buahan yang dikeringkan.

Selain daripada pati minuman yang memerlukan cairan, tahap maksimum yang dibenarkan oleh undang-undang dalam makanan ini ialah tidak boleh melebihi 1,000 parts per million (ppm) dalam apa jua keadaan sekalipun.

Justeru, CAP menggesa Kementerian Kesihatan untuk menjalankan pemeriksaan segera bagi mengawal penggunaan asid benzoik secara haram dalam mi dan juga mengawal penjualannya kepada orang awam kerana ia mudah didapati di kedai.

''CAP juga menghantar surat dan hasil kajian ini kepada pihak kementerian supaya tindakan tegas dan segera dapat diambil.

''Pesalah perlu dihukum dengan menggenakan denda serta penjara yang maksimum supaya mengingatkan peniaga betapa pihak kerajaan serius dalam menangani masalah ini," ujarnya.


La...jadi plak dah..awat yg jadi lagu tu...awat kita punya penguatkosa dok leka ka pa...kalu dok biaq lelama..haha kompom la rakyat malaysia antara paling ramai buleh sakit pree(tak sedar) nak beletiaq lelamo pun maleh tapi ingatla..zaman la ni memacam penyakit buleh serang..mau taknya makanan la memacam bahan kimia yang dia taruk..kononnya nak bagi tahan la..cantik la..gebu la..last-last yg buleh sakit pengguna..tak heran la hospital ngan klinik hehari penuh kengkadang sampei naik maleh nak pi amik obat kat spital kerajaan..haiiii tah sampai bila peniaga kita/pengilang/pemborong nak insap...jgn la semata-mata nk makan untong lebey sanggup merosakkan masyarakat sekitar..tak pa la tak kena kat dia..kena skali baru dia tau langit tinggi ka rendah....masa tu ayaq mata laa..... adiosss...~!!

Pengangguran makin meningkat...

⊆ 11:39 AM by junuih | ˜ 0 comments »

Avago no plan shutdown as no more in house production, hiring freeze.

ASE shut down every fortnightly on Monday starting from Nov 3.

Fairchild planned ‘Mass Vacation’ for 9 days leave in FY08

INTEL – No increment 2008 review, VSS for those under perform and massive cut cost/travel 2009, no shutdown plan yet

Motorola, Penang- Still hiring+profit, suspect got government ‘look after’, Singapore cellphone plant cut 800 job and now waiting for sale.

Siltera, kulim – Propose close down this Malaysian 1st Fab company, loss RM4billion in 2008

Flextronics 4 days week for Month Nov and Dec.

AMD Penang announced VSS lay off 500 employees.

Spansion force to take leave (5 days in this quarter)

Jabil and Flextronics Penang planned shut down from Dec 24 to Jan 4, will be 5 days leave.

Agilent planned shut down from Dec 24 to Jan 4, will be 6 days leave.

Fairchild planned 'Mass Vacation' for 9 days leave in FY08

Sony shutdown 25 Dec till 6th Jan 09, take 2 days annual leave

Panasonic plan for buy Sanyo.

San Disk announced layoff 450 – 500 employees.

Motorola announced layoff 3000 employees.

Wah...banyak skang musim kena buang orang kot..bilo ekonomi tak stabil camni la..ramai pekerja yang kena buang..penganguran makin meningkat nak buat camna nak salah kerajaan skang pun tak leh gak..kerajaan cuba takat mana dia mampu kalu tak pun tak wat camna kemampuan takat tue ja..tapi yang rakyat nie kena pikir juga jangan terlampau bergantung kepada kerajaan..sebab semua orang tahu .. kerja tidak menjamin kan 'financial security'.. tak kira kerja pa pun sama ada sektor awam mahu pun swasta..sama saja..aku simpati juga dengan yg kena buang kerja..ya la anak bini nak makan pa ...nak kerja lain pun lanie susah gak...nak bukak meniaga pun kalu tadak pengalaman dan pengetahuan dalam bidang yg nak diceburi takut bungkuih..dengaq kata kerajaan ada buat pelbagai program yang katanya dapat membantu melalui pelbagai kementerian...nak dok tunggu pun tak leh gak..sebab kemelesetan ekonomi ni takut akan makan masa...cubalah tgk.. mana tau untung rezeki siapa yang tahu..

tapi bagi orang belum lagi dibuang kerja..bersedia mungkin kita orang yang seterusnya ..cuba la cari sumber lain yang boleh di jadikan sampingan..asalkan tidak menggangu tugas hakiki kita sebagai penjawat awam mahupun swasta..skang ni nak berbelanja pun kena bijak kalu tak merangkak gak la..tapi paling bagus kalu berbelanja ikut la cara yang di saran kan oleh Dr. Bill Quin..berbelanja cara pro-sumer...berbelanja yang mana kita dapat balik pulangannya dalam bentuk wang (bukan baki belian) yang mana akhirnya menjadi pendapatan kedua/sampingan....

Mana janji pilihan raya

⊆ 11:51 AM by junuih | ˜ 0 comments »



PADANG PUSING – Penduduk di Kampung Batu Hampar Kiri dekat sini, kesal dengan sikap sambil lewa pihak tertentu gagal menangani masalah infrastruktur dan kemudahan asas di tempat mereka.

Seorang penduduk, Mawardi Murad, 25, berkata, sekian lama mereka menunggu pembangunan dibawa masuk ke kampung itu seperti jalan berturap, tetapi hampa.

Katanya, beberapa kali mereka mengemukakan aduan terutama kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) dan juga wakil rakyat kawasan itu, semuanya gagal dan tiada tindakan diambil.

“Sehingga kini, sebanyak tiga permohonan diadukan kepada PBT berkenaan iaitu dari tahun 2000, 2007 dan awal tahun ini, malangnya permohonan itu tidak diambil tindakan.

“Apabila kita merujuk kepada PBT berkenaan, surat permohonan itu ada, namun tidak dilayan,” katanya kepada Sinar Harian di Kampung Batu Hampar Kiri dekat sini, semalam.

Menurut Mawardi, jalan yang mereka harapkan dapat diturap itu menjadi laluan utama ke pusat bandar dan kampung berhampiran seperti Kampung Kebun Sawa, Sukamari dan Tok Besah.

Katanya, lebih menyulitkan apabila hujan menyebabkan jalan tidak berturap itu berselut dan dinaiki air sehingga paras pinggang.

Seorang lagi penduduk, Abd. Hadis Ghani, 52, berkata, keadaan itu menyukarkan penduduk yang berkenderaan memasuki kampung berkenaan kerana tersangkut akibat selut.

“Kawasan ini mempunyai enam rumah melibatkan enam keluarga dan kami terpaksa menghadapinya walaupun pelbagai masalah berlaku,” katanya.

Menurut Yahaya Hussain, 57, membimbangkan mereka ialah jika ada kalangan penduduk menghadapi kecemasan.

Katanya, kenderaan tidak dapat masuk ke rumah berkenaan untuk membawanya ke hospital kerana sempit dan tidak berturap.

“Kita berharap pihak berkenaan mengambil langkah segera mengatasinya bagi memberi keselesaan kepada penduduk.

“Sudah tiba masanya, kerajaan negeri menunaikan janji pilihan raya untuk membantu rakyat dan membawa pembangunan kepada penduduk kampung,” katanya.

Masa kempen bukan main lagi...bila dh perintah kena bagi,....tak leh bagi sumer bagi la skit2..janji bagi..tak gitu??

500 bantah forum 'memeluk Islam'

⊆ 9:57 AM by junuih | ˜ 0 comments »


Muda Mohd Noor | Aug 9, 08 9:16am

Seramai 500 orang sedang berkumpul di depan bangunan Majlis Peguam sejak awal pagi kerana membantah penganjuran forum awam memeluk Islam anjuran majlis tersebut.

Pada masa yang sama kelihatan kira-kira 80 anggota polis ditempat di situ bagi mengawal orang ramai. Manakala kenderaan polis turut diletakkan di hadapan bangunan tersebut.

convertion forum protest 090807 big crowdKetika berucap kepada orang ramai, Naib Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) yang cenderung pada Umno, Jais Abdul Karim berkata, mereka membantah penganjuran forum tersebut kerana ia mencabar hak istimewa orang Melayu dan agama Islam.

Sepatutnya, kata beliau, forum itu diadakan secara tertutup.

Katanya, ia kerana terbukti program anjuran Majlis Peguam sebelum ini, gagal menghalang peserta daripada mempertikaikan hak orang istimewa orang Melayu dan agama Islam.

Mereka yang menyertai perhimpunan pagi ini adalah terdiri daripada wakil-wakil 29 badan NGO Islam.

Pakatan Rakyat

convertion forum protest 090807 mini postersMereka melaungkan "Hancur Bar Council", "Hidup Islam" dan "Batalkan Forum".

Mereka turut membawa sepanduk yang berbunyi "Jangan cabar Islam', “Jangan cetuskan kemarahan umat Islam demi keharmonian umat Islam", "Awas Persatuan Peguam, jangan bermain api" dan "Menjunjung keadilan, menyanggah kezaliman".

Turut kelihatan ialah pemimpin parti-parti komponen Pakatan Rakyat.

Mereka ialah Ketua Dewan Pemuda PAS, Salahuddin Ayub. Manakala pemimpin PKR yang kelihatan di situ ialah dua ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Badrul Amin Baharum dan Latheefa Koya.

Ketika itu, forum tersebut sedang berlangsung di dalam bangunan dan telah dirasmikan oleh Presiden Majlis Peguam, Datuk S. Ambiga.

Antara ahli panel yang dijadual bercakap di forum tersebut ialah Pengarah Pusat Undang-undang Syariah dan Sains Politik, Institut Kefahamam Islam, Dr Wan Azhar Wan Ahmad dan peguam Syarie, Mohd Haniff Khatri Abdullah.

Tarik diri

Mohd Haniff mewakili Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dalam kes R Subashini. Yang lainnya ialah peguam K Shanmuga dan Ravi Nekoo, yang masing-masing mewakili Subashini dan S Shamala.

convertion forum protest 090807 angry manBagaimanapun, seorang ahli panel - bekas hakim Syariah dan kini menjadi pegawai pendakwaraya Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan - telah menarik diri.

Salahuddin yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian turut berucap di perhimpunan bantahan tersebut.

"Kita dicabar di bawah Seksyen 121 (A). Mereka tahu undang-undang, tetapi mahu mencabar agama Islam.

"Kalau mereka hendak tahu (tentang) Islam, mereka boleh jumpa pegawai Jakim," katanya.

Manakala Badrul Amin berkata: "Jika orang tidak ganggu agama orang lain, kita akan akan hidup aman.

Polis berunding

"Kita tidak ganggu agama Kristian, agama Hindu dan Buddha dan kita meminta jangan menghasut rakyat dengan isu agama," tambahnya.

Sehingga jam 9.30 pagi ini, jumlah orang ramai yang datang menyertai perhimpunan bantahan tersebut telah bertambah kepada 500 orang.

Kira-kira jam 9.31 pagi, wakil NGO terbabit sedang berunding dengan Ketua Polis Dang Wangi, ACP Dzulkarnian Abdul Rahman.

bar council islamic forum controversy inccident 090808 04Sebelum itu, seorang peserta mengatakan, jika forum tersebut tidak dihentikan, mereka akan merempuh masuk untuk menghentikan.

Kira-kira jam 9.35 tadi, seorang peserta memberitahu melalui pembesar suara bahawa mereka memberi masa sehingga jam 9.45 pagi supaya forum tersebut dihentikan.

Jika tidak, katanya, mereka akan masuk meminta peserta forum itu menghentikannya pada jam 10 pagi.

Rundingan dengan ACP Dzulkarnian tadi disertai oleh tiga wakil NGO dan Salahuddin Ayub.

Menurut laporan, antara NGO yang hadir ialah Barisan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM), Jawatankuasa Penyelaras Perikatan NGO Islam (ACCIN), Persatuan Al-Hidayah, Belia Perkim, Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia, Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA), Persatuan Al-Hunafa dan Persatuan Darul Fitrah Malaysia.

Turut sama ialah Persatuan Kebajikan Dakwah dan Islamiah (Pekida), Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia, Persatuan Seruan Islam Wilayah Persekutuan dan Selangor, Persatuan Ulama Malaysia, Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia, Yayasan Kerjaya Malaysia, Kelab Cinta Malaysia, Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) dan Persatuan Penjaja Kecil Wilayah Persekutuan.

di petik dari Malaysiakini.com


Akhirnya bersatu la jugak...bila isu yang berkaitan dengan sensetiviti agama dimainkan akan mengundang kemarahan kepada penganutnya..bila hidup dalam sesebuah negara yang mempunyai masrakat majmuk...kena saling merespect la..kita tak kacau agama depa..jangan la kacau agama kita...simple ja takkan tak faham kot..bila dah jadi cam nie..yang bestnya..semua bersatu tanpa kira pahaman politik...nie yg aku suka nie...kata owang tetua 'bersatu teguh bercerai roboh'


Apabila tambang bas ekspres naik 40-60 peratus...

⊆ 10:31 AM by junuih | ˜ 0 comments »

Tambang bas ekspres menjadi antara bahan perbualan terhangat rakyat masa kini. Perkara ini menjadi bualan ramai termasuk mereka yang berkira-kira balik kampung sempena Aidilfitri nanti dengan menaiki bas ekspres, malangnya tambangnya akan dinaikkan sebelum hari mulia itu. Nampaknya, 'melepaslah' sebahagian daripada mereka yang mahu berhari raya di kampung.

Berdasarkan perkembangan terbaru ini, ramai perantau di ibu kota dan bandar
-bandar besar lain membicarakan topik terbabit di kedai-kedai kopi dan pejabat. Pengusaha bas meminta kenaikan sebanyak 100 peratus.
Banyak tu. Disebabk
an saya menaiki bas ekspres setiap hari, gerun saya mendengarnya. Kini saya membayar kira-kira RM20 sehari (tambang pergi balik Melaka-KL). Kalau 100 peratus, ia sudah menjadi RM40 sehari. Wow, takut saya.
Pagi tadi (31 Julai) saya berbual-bual dengan pemandu bas ekspres yang saya naiki. Katanya tidak mungkin berlaku kenaikan 100 peratus. Lagi pun kerajaan sudah menolak cadangan kenaikan sebanyak itu. Tetapi tambang tetap akan naik, katanya. Beliau menganggarkan berlaku kenaikan antara 40 hingga 60 peratus. Ambil angka mudah, 50 peratus.
Kalau tambang bas ekspres naik 50 peratus, bermakna kos saya berulang alik Melaka-KL hampir RM35 sehari, termasuk tambang LRT. Wow, satu jumlah yang agak besar dan membimbangkan. Kalau dikira sebulan, RM35 kali 20 hari bekerja, jumlahnya RM700. Aduh, pening saya memikirkannya.
Pada tahun-tahun sebelum ini, sebulan dua sebelum hari raya, tiket bas ekspres terutama bagi perjalanan jauh misalnya dari KL-KB dan KL-Alor Star sudah dijual awal-awal. Tetapi sekarang senyap saja, mungkin pengusaha menunggu kadar tambang baru. Pengusaha akan menahan penjualan tiket sehingga kerajaan bersetuju menaikkan tambang.
Demikianlah rakyat keb
anyakan semakin menggelupur, terbeban akibat kenaikan harga petrol dan diesel tidak lama dulu. Barangan keperluan dan kos perkhidmatan meningkat pada kadar menakutkan.
Semasa minyak dinaikkan awal Jun lalu, pengusaha bas sekolah juga sibuk mahu menaikkan tambang. Tambang seorang anak saya mahu dinaikkan daripada RM25 kepada RM35. Malah saya sudah membayar kadar baru itu untuk sebulan.
Pengusaha bas sekolah benar-benar mendesak akan kenaikan itu, tetapi akhirnya mereka tidak jadi melaksanakannya. Sebabnya mereka terhutang budi selepas kerajaan memberikan pelbagai subsidi kepada mereka. Jadi tidak naiklah tambang bas sekolah. Syukur, alhamdulillah, tambang bas anak saya kekal pada RM25 sebulan.
Tambang LRT saya tidak tahu akan naik atau tidak. Minta tak naiklah, kekal pada kadar sekarang. Ketika ini saya membayar RM1.20 bagi perjalanan antara Plaza Rakyat dan Titiwangsa. Syukur jika tidak naik, kalau naik, macam mana saya mahu menampung kos kehidupan yang begitu memeritkan ini?
Selain tambang pengangkutan awam, harga barangan pun melambung tinggi. Selain bahan mentah utama seperti beras, ikan, ayam, daging dan sayur, bahan makanan sampingan juga naik mendadak.
Suatu hari saya membeli sebungkus biskut lemak cap Hup Seng untuk dimakan beramai-ramai di pejabat. Bungkusan biskut itu semakin kecil manakala harga tertera di plastik pembungkus RM4.00. Sungguh mengejutkan kerana kalau tidak silap saya harganya dulu cuma RM2.80!
Seorang rakan saya berkata, dia tidak tahan dengan situasi kenaikan harga barangan keperluan sekarang. Mesti melakukan kerja tambahan, katanya. Tetapi kerja apa yang boleh dilakukannya pada zaman sukar ini.
Dia terus berfikir dan berfikir tetapi satu kerja yang boleh menambahkan pendapatan belum diperolehinya. Tetapi rakan itu sewajarnya tidak berterusan sedih sebaliknya meningkatkan usaha dan doa kerana rezeki itu insya-Allah tetap ada selagi seseorang itu masih bernafas di bumi Allah ini. Kalau tiada rezeki, bermakna seseorang itu sudah mati.


LanH Thu Jul 31, 08