Showing posts with label kedah. Show all posts
Showing posts with label kedah. Show all posts

DATO’ KHAZALI DATUK BANDAR BANDARAYA ALOR STAR

⊆ 9:32 AM by junuih | ˜ 0 comments »

Oleh: AMELIA HASHIM
Amelia@kedah.gov.my

ALOR STAR, 30 November: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedahm hari ini telah mempekenan perlantikan Pegawai Daerah Kuala Muda Dato' Haji Khazali Haji Din, menjadi Datuk Bandar Bandaraya Alor Star mulai 1hb Disember 2008, bersamaan 3 Zulhijjah 1429. Istiadat pelantikan yang berlangsung di Istana Anak Bukit dengan penuh adat istiadat.

Majlis dimulai oleh Ketua Istiadat YB Dato' Wira Haji Syed Unan Mashri masuk menghadap KDYMM Tuanku Sultan mempersembah maklum memohon izin memulakan istiadat. Setelah Dipekenan, majlis bermula dengan perarakan masuk pemegang Al-Quran dan cokma Majlis Bandaraya Alor Star.

Majlis diteruskan dengan upacara mengangkat sumpah oleh Dato' Haji Khazali Haji Din, disusuli dengan menandatangani penerimaan pelantikannya sebagai Datuk Bandar Bandaraya Alor Setar. Seterusnya KDYMM Tuanku Sultan Kedah perkenan menyampaikaan Watikah Pelantikan Datuk Bandar. Majlis di sudahi dengan bacaan doa.

Dato' Haji Khazali dilahirkan di Kampung Nongka, Mukim Hosba Jitra pada 7 Februari 1955 dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Hosba kemudian Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim JItra.


Beliau yang merupakan lulusan Ijabzah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1979 dan memulakan kerjaya sebagai Pegawai Tadbir Bahagian Pemprosesan Data di Ibu Pejabat FELDA di Kuala Lumpur sehingga Disember 1979.

Seterusnya beliau menyertai skim Perkhidmatan Tadbir Negeri Kedah pada 1 Januari 1980 dan bertugas di Pejabat Daerah Bandar Baharu Kedah sebagai Penolong Pegawai Daerah 11 sehingga Oktober 1983 sebelum ditukarkan ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan (Cawangan Am).

Pada 1 Ogos 1987 beliau sekali lagi ditukarkan ke Pejabat Daerah Kota Star sebagai Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) dan terpilih menghadiri Kursus Plainning dan Management of Rural Development di bawah rancangan hadiah Latihan Jabatan Perkhidmatan Awam yang diadakan di United Kingdom selama tiga bulan pada tahun 1990.

Pada 2 November 1991 beliau dipindahkan pula ke Unit Perancang Ekonomi (UPEN) sebagai Ketua Penolong Pengarah dan mendapat peluang sekali lagi mengkuti kursus jangka pendek selama empat bulan di Institute of Social Studies, The Denhague di Netherland dibawah biaya United Nation Development Programme (UNDP) pada tahun 1994.

Seterusnya pada 1 Disember 1996, Dato' Haji Khazali Haji Dindi lantik sebagai Bendahari Negeri Kedah kemudian dipinjamkan sebagai Pengurus Besar Samak Aquaculture Sdn Bhd mulai 15 Mei 1997 sehingga Mei 2000. Selepas tamat tempoh kontrak, beliau dipindahkan pula ke Yayasan Islam Negeri Kedah sebagai Pengurus Besar YIK pada 2001 .

Di sini beliau sempat mengikuti kursus Pentadbiran Perniagaan Universiti Utara Malaysia selama dua tahun dan berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan pada 2003. Pada 1 Mei 2004 beliau kembali sekali lagi ke Samak Aquaculture Sdn Bhd sebagai Ketua Pegawai Operasi sehingga Ogos 2007.

Jawatan terakhir Dato' Haji Khazali Haji Din sebelum dilantik sebagai Datuk Bandar Bandaraya Alor Setar ialah sebagai Pegawai Daerah Kuala Muda.

Sepanjang Perkhidmatan ini beliau mendapat anugerah Bintang Cemerlang Kedah (BCK) 1991, Ahli Mahkota Kedah (AMK) 1995 dan Dato' Setia Diraja Kedah (DSDK) pada 2008 oleh KDYMM Tuanku Sultan Kedah.

Posted by Warta Darul Aman Daily


Tahniah kapada dato' atas perlantikan tersebut...dato' kata nak menceriakan kembali Aloq Staq setanding ngan sungai petani..saya doa kan semoga jadi kenyataan..

Alor Star dipilih Bandar Raya Masa Depan Asia

⊆ 11:19 AM by junuih | ˜ 0 comments »



ALOR STAR Alor Star dipilih sebagai Bandar Raya Masa Depan Asia dalam kategori bandar raya kecil di rantau berkenaan, baru-baru ini oleh majalah terkemuka antarabangsa, itu bagi tahun 2007 dan 2008.

Pengiktirafan ke atas ibu negeri Kedah itu mengambil kira beberapa kategori termasuk potensi ekonomi, pelaburan dan perniagaan di bandar raya berkenaan.

Menurut majalah tersebut, Alor Star berada di tangga pertama bagi kelompok enam bandar raya kecil terbaik di Asia diikuti Newcastle (Australia) di tangga kedua, Jeju (Korea Selatan), Taoyuan (Taiwan), Gifu (Jepun) dan Ipswich (Australia).

Sementara itu, bagi anugerah Bandar Raya Masa Depan kategori bandar raya Asia, ia diraih oleh Hong Kong diikuti Singapura, Taipeh (Taiwan), Melbourne (Australia), Dalian (China), Shijiazhuang (China), Bandaraya Quezon (Filipina), Bandaraya Cebu (Filipina), Guangzhou (China) dan Bandaraya Davao (Filipina).

Bagi lima kelompok terbaik kategori potensi ekonomi, Hong Kong berada di depan diikuti Singapura, Dalian (China), Guangzhou (China) dan Quezon (Filipina).

Wah...bangganya aku sebagai anak jati kedah...pabila baca aktikel ni bukan senang nak dapat title nie...lepas ni Alor Star mula dikenali, pelbagai pelancong dan pelabur datang ke sini, ini dapat meningkat taraf hidup rakyat malaysia terutamanya rakyat kedah yang kebanyakannya masih dikategori sebagai miskin..ni usaha kerajaan terdahulu menaikkan taraf hidup rakyatnya..kerajaan sekarang kena kekalkan Alor Star sebagai bandaraya masa depan asia, jangan sampai tenggelam lak..