Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Empat langkah tambahan bendung penularan H1N1

⊆ 8:12 PM by junuih | ˜ 0 comments »

Empat langkah tambahan bendung penularan H1N1
PUTRAJAYA 4 Ogos – Kerajaan hari ini memutuskan empat langkah tambahan menangani wabak selesema babi atau influeza A (H1N1) yang sehingga kini telah mengorbankan sembilan nyawa.
Langkah-langkah tersebut adalah:
*Meningkatkan simpanan stok antivirus dari 10 kepada 20 peratus melibatkan kos sebanyak RM20 juta.
*Memberi rawatan antivirus serta merta kepada enam kategori pesakit yang berisiko dan mempunyai simptom selesema babi.
Enam kategori pesakit itu adalah:

*Wanita mengandung
*Obesiti
*Penghidap asma
*Pesakit paru-paru kronik
*Pesakit diabetes
*Pesakit yang mempunyai
imuniti rendah

*Melaksanakan saringan suhu badan ke atas semua pelajar sebelum kelas bermula. Semua guru kelas akan dibekalkan dengan alat penyukat suhu. Pelajar yang didapati kurang sihat akan diasing dan dinasihat berehat di rumah serta mematuhi nasihat kesihatan.

Menambah jumlah katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital-hospital terbabit sekiranya tidak mencukupi.
Langkah tambahan itu diputuskan Jawatankuasa Kebangsaan Antara Kementerian Mengenai Pandemik A (HINI) yang bermesyuarat di sini, hari ini.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kesemua pesakit yang berisiko dan mempunyai simptom HINI tidak perlu menjalani ujian pengesahan.
Katanya, rawatan antivirus akan diberi untuk kes-kes yang dikesan dalam tempoh 48 jam selepas menunjukkan tanda dijangkiti H1N1.
Beliau menjelaskan, keputusan itu dibuat berikutan jumlah kehadiran orang ramai yang mahu menjalani pemeriksaan H1N1 di hospital agak ramai.
“Semua kes yang mempunyai simptom jangkitan influenza dan mempunyai faktor risiko akan diberi rawatan antivirus serta-merta tanpa perlu membuat ujian pengesahan H1N1,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat tersebut di sini, hari ini.
Muhyiddin memberitahu, sebanyak 14 kes baru H1N1 melibatkan jangkitan tempatan dan warga Malaysia dilaporkan hari ini di mana 13 daripadanya merupakan kejadian daripada tiga kluster baru serta satu kes terpencil.
Katanya, jumlah terkumpul kes H1N1 di negara ini adalah sebanyak 1,460 kes terdiri daripada 574 kes import dan 886 jangkitan tempatan dengan angka kematian masih lapan orang.
“Daripada jumlah itu, seramai 1,410 pesakit telah sembuh. Hanya 27 orang sedang menerima rawatan antivirus di hospital dengan 10 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 23 pesakit lain menerima rawatan antivirus di rumah.
“Daripada 10 kes di ICU, tiga orang mempunyai faktor risiko iaitu obesiti (1), wanita lepas bersalin (1) dan imuniti rendah (2),” ujarnya.
Timbalan Perdana Menteri menambah, berdasarkan situasi global, sehingga hari ini sebanyak 189,155 kes dengan 1,319 kematian dilaporkan membabitkan 168 negara dengan Pakistan melaporkan kes pertama.
Jelas beliau, statistik tersebut meningkat sebanyak 3,301 kes dengan 12 kematian berbanding hari sebelumnya.

kesihatan peribadi

⊆ 11:18 AM by junuih | ˜ 0 comments »


Pelari wanita diperkayakan dengan makanan tambahan Nutrilite





Institut Kesihatan Nutrilite menyedari kepentingan kesihatan optimum – bertujuan mencapai kesihatan dan kecergasan paling baik.

  • Kajian telah menunjukkan bahawa cara hidup yang sihat dan pemakanan yang baik adalah dua faktor yang penting untuk mencapai kesihatan optimum.
  • Kajian juga menyatakan bahawa hampir setiap orang boleh mendapat manfaat daripada pemakanan tambahan – kerana anda mungkin masih kekurangan jumlah vitamin dan mineral yang optimum dan juga sebatian tumbuhan yang penting.

Nutrilite dan Kesihatan Optimum

Kesihatan yang optimum tidak bermaksud kesihatan yang terbaik. Kesihatan optimum bermaksud menyesuaikan risiko kesihatan yang diketahui dan diwarisi dan cara hidup semasa anda untuk membuat pilihan peribadi yang perlu supaya anda dapat menjalankan kehidupan anda dengan sesihat mungkin.

Lelaki berbasikal
  • Pemakanan & Pemakanan Tambahan – Adakah anda memakan diet yang seimbang, termasuk bijirin sempurna, buahan, sayuran, dan protein tanpa lemak? Adakah anda tahu makanan tambahan manakah yang disyorkan untuk jenis diet anda?
  • Cara hidup – Adakah anda mengamalkan tabiat cara hidup yang sihat, contohnya bersenam? Adakah anda merokok?
  • Berehat & Bersantai – Adakah anda mendapat tidur yang mencukupi pada kebiasaannya? Adakah anda akan berlari ke kedai gula-gula yang terdekat sekiranya anda tertekan? Atau, adakah anda telah mempelajari teknik bersantai?
  • Genetik – Adakah tekanan darah tinggi atau kanser dihadapi dalam keluarga anda?

Sementara anda tidak dapat menukar komposisi genetik anda, anda boleh mengubah cara hidup anda dalam usaha anda mencari kesihatan yang optimum.

  • Amalkan diet yang lebih sihat.
  • Berhenti merokok.
  • Tingkatkan senaman anda.
  • Kekalkan berat badan yang unggul.
  • Berjumpalah dengan pakar penjagaan kesihatan anda selalu.


dipetik dari www.nutrilite.com