Showing posts with label politik. Show all posts
Showing posts with label politik. Show all posts

Penanti: BN mungkin tak bertanding

⊆ 10:30 AM by junuih | ˜ 0 comments »


Apr 18, 09 2:49pm

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau tidak menolak kemungkinan Barisan Nasional (BN) tidak akan menyertai pilihanraya kecil DUN Penanti, Pulau Pinang.

Pengerusi BN itu berkata BN perlu melihat terlebih dahulu sama ada pilihanraya kecil itu menguntungkan rakyat atau sebaliknya."Tak tahu lagi (sertai atau tidak) kita tengok dulu tapi saya tak ketepikan apa juga kemungkinan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis `Sambutan Meraikan Perdana Menteri' peringkat Parlimen Pekan hari ini sempena pelantikannya sebagai Perdana Menteri pada 3 April lepas, lapor Bernama.

Sehubungan itu, Najib yang juga presiden Umno berkata beliau akan mengadakan mesyuarat dengan Majlis Tertinggi (MT) Umno dan bertemu dengan presiden-presiden parti komponen BN bagi membincangkan perkara itu."Saya akan bawa perkara ini kepada mesyuarat MT akan datang, kalau tak sempat saya akan bawa kepada Biro Politik, dan juga bincang dengan presiden-presiden parti komponen BN," katanya.Pilihanraya kecil DUN Penanti bakal diadakan berikutan tindakan bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin daripada PKR mengosongkan kerusi DUN itu berkuatkuasa dua hari lepas.Najib berkata BN akan sepakat berhubung pilihanraya kecil itu."Sebab kita perlu buat kata sepakat, dalam hal ini jelas sekali ini satu mainan politik mereka (pembangkang), dengan tujuan mereka itu kita dapat mengesannya."Ini bukan sebab peruntukan Perlembagaan Negara, kalau disebabkan perlembagaan negara, kita tetap hormati," katanya.

Khamis lepas, Mohammad Fairus mengumumkan peletakan jawatan sebagai ADUN Penanti. Mohammad Fairus, 32, yang sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, berkata langkah beliau itu adalah bagi membersihkan namanya daripada segala tohmahan selain bagi membolehkan beliau melanjutkan pelajaran.

sumber:- kedahlanie

BN yakin dapat tumbangkan Anwar

⊆ 3:16 PM by junuih | ˜ 0 comments »

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN


PULAU PINANG 6 Ogos - Barisan Nasional (BN) yakin mampu menumbangkan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh berdasarkan kepada persiapan yang dilakukan oleh jentera parti setakat ini.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Abdul Rashid Abdullah berkata, jentera BN juga semakin kuat dengan penubuhan 18 jawatankuasa yang akan ditugaskan menjaga 28 pusat undi di bahagian itu.

''Setiap jawatankuasa yang ditubuhkan ini akan ditugaskan untuk menjaga dua atau tiga pusat undi di kawasan itu untuk mengukuhkan persiapan kita.

''Selain itu, setiap UMNO bahagian di negeri ini akan turut memainkan peranan menjaga dua atau tiga pusat undi tersebut bagi memastikan ia berjalan dengan lancar," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai persiapan BN selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengumumkan tarikh penamaan calon pada 16 Ogos ini manakala tarikh pengundian jatuh pada 26 Ogos ini.

Selain UMNO negeri, jelas beliau, UMNO di negeri-negeri lain juga turut memberikan kerjasama bagi memantapkan lagi jentera BN menghadapi pilihan raya kecil tersebut.

Dengan adanya persiapan rapi itu, katanya ia memberi keyakinan penuh kepada BN untuk menghadapi pilihan raya kecil tersebut apatah lagi sokongan yang diperoleh daripada rakyat sangat baik.

''Kita percaya sokongan yang diberikan rakyat di kawasan itu kepada BN kini lebih baik berbanding Pilihan Raya Umum Ke 12 lalu.

''Oleh itu kita mempunyai keyakinan untuk menumbangkan Anwar di kubunya sendiri," tegasnya.

Sementara itu, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Azhar Ibrahim menegaskan, pertarungan sengit pasti akan berlaku kali ini lebih-lebih lagi Permatang Pauh adalah kubu kuat PKR.

''BN yakin akan menghadapi pertarungan sengit kerana bertarung di kubu kuat PKR oleh itu kita akan melakukan segalanya untuk memberi saingan.

''Kita tidak akan putus asa sebelum bertarung malah kalau kita kalah sekalipun, kita akan pastikan majoriti hanya sedikit," jelasnya.


mesti ada strategi...kalu tak takkan berani kata..agaknya apo ek??