Alor Star dipilih Bandar Raya Masa Depan Asia



ALOR STAR Alor Star dipilih sebagai Bandar Raya Masa Depan Asia dalam kategori bandar raya kecil di rantau berkenaan, baru-baru ini oleh majalah terkemuka antarabangsa, itu bagi tahun 2007 dan 2008.

Pengiktirafan ke atas ibu negeri Kedah itu mengambil kira beberapa kategori termasuk potensi ekonomi, pelaburan dan perniagaan di bandar raya berkenaan.

Menurut majalah tersebut, Alor Star berada di tangga pertama bagi kelompok enam bandar raya kecil terbaik di Asia diikuti Newcastle (Australia) di tangga kedua, Jeju (Korea Selatan), Taoyuan (Taiwan), Gifu (Jepun) dan Ipswich (Australia).

Sementara itu, bagi anugerah Bandar Raya Masa Depan kategori bandar raya Asia, ia diraih oleh Hong Kong diikuti Singapura, Taipeh (Taiwan), Melbourne (Australia), Dalian (China), Shijiazhuang (China), Bandaraya Quezon (Filipina), Bandaraya Cebu (Filipina), Guangzhou (China) dan Bandaraya Davao (Filipina).

Bagi lima kelompok terbaik kategori potensi ekonomi, Hong Kong berada di depan diikuti Singapura, Dalian (China), Guangzhou (China) dan Quezon (Filipina).

Wah...bangganya aku sebagai anak jati kedah...pabila baca aktikel ni bukan senang nak dapat title nie...lepas ni Alor Star mula dikenali, pelbagai pelancong dan pelabur datang ke sini, ini dapat meningkat taraf hidup rakyat malaysia terutamanya rakyat kedah yang kebanyakannya masih dikategori sebagai miskin..ni usaha kerajaan terdahulu menaikkan taraf hidup rakyatnya..kerajaan sekarang kena kekalkan Alor Star sebagai bandaraya masa depan asia, jangan sampai tenggelam lak..


0 Responses to Alor Star dipilih Bandar Raya Masa Depan Asia