Asid benzoik dalam mi




S.M. MOHAMED IDRIS menunjukkan sampel mi kuning yang tinggi kandungan asid benzoik di Pulau Pinang semalam.

PULAU PINANG 25 Nov. - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendedahkan wujud penggunaan asid benzoik secara haram dalam pelbagai jenis mi yang mampu memudaratkan kesihatan manusia.

Presidennya, S.M. Mohamed Idris berkata, penggunaan asid tersebut dikesan pada mi kuning, hor fun dan kuetiau di 30 gerai yang menjual barangan itu di beberapa lokasi di negeri ini.

Menurutnya, kajian itu dibuat pihaknya sejak seminggu lalu, selepas menerima satu contoh hor fun yang mengandungi asid tersebut daripada seorang pengguna di Selangor yang bimbang mengenai tahap kualiti makanan berkenaan.

Katanya, mengikut Akta Makanan penggunaan asid itu atau bahan pengawet tidak dibenarkan sama sekali, terutama untuk semua jenis pasta dan mi termasuk kuetiau, hor fun,mihun, laksa, makaroni dan spageti.

''Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia mendapati penggunaan asid itu boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit antaranya asma, rhinitis dan alergi selain dikaitkan kepada gejala hiperaktif di kalangan kanak-kanak.

''Dalam satu kajian ke atas beberapa sukarelawan yang diuji dengan dos asid benzoik selama beberapa hari mendapati mereka ini mengalami sakit kepala, lemah serta kepedihan yang teruk," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Akta dan Peraturan Makanan 1983, penggunaan asid benzoik hanya dibenarkan dalam pemprosesan makanan seperti pes cili, produk kacang soya yang ditapai, belacan, pati minuman, jeruk atau buah-buahan yang dikeringkan.

Selain daripada pati minuman yang memerlukan cairan, tahap maksimum yang dibenarkan oleh undang-undang dalam makanan ini ialah tidak boleh melebihi 1,000 parts per million (ppm) dalam apa jua keadaan sekalipun.

Justeru, CAP menggesa Kementerian Kesihatan untuk menjalankan pemeriksaan segera bagi mengawal penggunaan asid benzoik secara haram dalam mi dan juga mengawal penjualannya kepada orang awam kerana ia mudah didapati di kedai.

''CAP juga menghantar surat dan hasil kajian ini kepada pihak kementerian supaya tindakan tegas dan segera dapat diambil.

''Pesalah perlu dihukum dengan menggenakan denda serta penjara yang maksimum supaya mengingatkan peniaga betapa pihak kerajaan serius dalam menangani masalah ini," ujarnya.


La...jadi plak dah..awat yg jadi lagu tu...awat kita punya penguatkosa dok leka ka pa...kalu dok biaq lelama..haha kompom la rakyat malaysia antara paling ramai buleh sakit pree(tak sedar) nak beletiaq lelamo pun maleh tapi ingatla..zaman la ni memacam penyakit buleh serang..mau taknya makanan la memacam bahan kimia yang dia taruk..kononnya nak bagi tahan la..cantik la..gebu la..last-last yg buleh sakit pengguna..tak heran la hospital ngan klinik hehari penuh kengkadang sampei naik maleh nak pi amik obat kat spital kerajaan..haiiii tah sampai bila peniaga kita/pengilang/pemborong nak insap...jgn la semata-mata nk makan untong lebey sanggup merosakkan masyarakat sekitar..tak pa la tak kena kat dia..kena skali baru dia tau langit tinggi ka rendah....masa tu ayaq mata laa..... adiosss...~!!

0 Responses to Asid benzoik dalam mi