DUN Bandar Baru bergolak selepas 8 bulan kemenangan PR


0leh Mat Saleh

DUN Bandar Baru terletak dalam Perlimen Kulim/Bandar Baru. Pengundi2nya berbilang kaum walau pun majoriti mudahnya adalah bangsa Melayu tapi pengundi Tamil dan Tionghua menjadi penentu.

Selama 50 tahun DUN ini diperkosa oleh BN yang diketuai oleh UMNO. PAS yang mencuba mendapat mandat selama tempoh itu tidak langsung dapat menghampirinya dek kurangnya sokongan kaum2 India dan Cina ini. Calon2 PAS dahulu lebih hebat dari calon PRU12 dan lebih dekat dengan pengundi2 India dan Cina tapi itu pun masih tidak dapat menawan hati pengundi2 penentu ini. Pemimpin2 PAS seperti Md Rejab Awang, Ustaz Ghazali, Salleh Hj. Mohamad, Hassan Razak bukanlah calang2 calon yang diletakkan oleh PAS tapi tetap kecundang. Tapi calon PRU12 yang tidak berkelibar tiba2 diberi anugerah oleh Allah sebagai satu ujian sebelum anugerah itu diberikan dalam PRU13 akan datang.

Tidak siapa dapat nafikan termasuk Ustaz Yaakob bahawa kemenangan PAS dalam PRU 12 bukanlah atas dasar kekuatan PAS. Walau pun kekuatannya dari segi jentera pilihanraya lebih mantap dari PKR tapi pokoknya PKR dan kewibawaan dan karisma Dato Seri Anuar Ibrahim memberi impak yang besar dalam mengubah selera pengundi Bandar Baru. Faktor yang kedua adalah disebabkan pengundi2 bukan Melayu yang telah meluat dengan perangai durjana pemimpin2 UMNO dan BN dan yang ketiga adalah kerana perpecahan dalam UMNO sendiri diantara orang2 Tan Sri mamak dan Azemi Daim yang masing2 membunuh antara satu sama lain.

Hakikatnya PAS jangan mendabik dada dengan kemenangan yang diperolehi kerana kemenangan itu adalah juga hak pengundi2 PKR Cina India dan orang UMNO sendiri.
Itu punca kemenangan yang perlu pemimpin2 PAS simpan dalam otak jangan simpan dalam kotak. Tak payahlah kita mencanangkan kekuatan kita kerana kita sendiri tahu akan sampai mana kekuatan parti islam ini yang pemimpin2nya berselindung disebalik ugama dalam meraih kepentingan diri sendiri. Ingatlah wahai pemimpin2 PAS pengundi2 diera Barack Obama ini lebih cerdik dari mereka2 yang begayut di seluar ADUN.

Itu hakikat kemenangan PAS yang menjanjikan perubahan besar dalam perhubungan manusia di kawasan ini hatta juga diseluruh negara. Rakyat akan dilayan sama rata tanpa mengira bangsa dan ugama. Nadanya sama seperti UMNO dengan nada itu pemimpin2 PAS sebelum pilihan raya sanggup menanggalkan kasut memasuki kuil dan tokong untuk menjaja ideologi mereka yang bertukar dengan tiba2. Maka terpedayalah pengundi bukan Melayu yang sememangnya mengharapkan perubahan dasar dalam layanan kemanusiaan. Kita boleh lihat kegilaan pengundi bukan Melayu kepada perjuangan PAS ketika itu yang sanggup mengarakan bendera PAS.

Itu semua telah berlalu dan telah menjadi sejarah yang tidak dapat dipadamkan. Pentas2 ceramah PAS di dinaiki oleh penceramah Cina dan India yang bertutur dalam bahasa ibunda mereka tetapi mendapat tepuk sorak dari orang PAS yang memakai kopiah2 putih.
Kemenangan kemudian diterima dengan penuh pengharapan oleh pengundi2 tak PAS ini. Apa yang terjadi selepas itu? kita sama-sama tengok.

Sebaik sahaja PAS menerima kemenangan mereka mula merancang untuk menghapuskan pengaruh PKR. Dalam satu perjumpaan antara pemimpin PAS dengan rakyat kawasan Selama, Penolong SU PAS telah mensyaratkan bahawa sesiapa yang dilantik sebagai Ketua Kampung hendaklah mengisi borang keahlian PAS. Kenyataan beliau ini membangkitkan kemarahan pemimpin2 PKR tempatan sehingga PA ADUN terpaksa campur tangan. Ini baru permulaan. Borang keahlian PKR yang diberikan kepada markas PAS telah dibuang dan penduduk yang memohon borang PKR ini akan diberikan borang PAS. Ini bukannya PAS cerdik atau PKR bodoh tapi ini lah pengkhianat PAS terhadap rakan kongsinya. Demi menjadi pengundi2 bukan Melayu PAS mengujudkan Kelab Penyokong PAS (KPP) yang mendapat sambutan hangat dari pengundi2 sebagai satu strategi supaya orang2 bukan melayu (islam) tidak menjadi ahli PKR

Strategi PAS yang cuba menghapuskan sokongan kepada PKR yang ditaja sendiri oleh ADUNnya, Azmi salleh dan cikgu Mansor kemudiannya berubah kepada sekatan pengaruh Ketua Kampung PKR. Angka terakhir hanya 6 ketua Kampung PKR dari 54 yang diujudkan di Bandar Baru. dan sebagai menunjukkan bahawa PAS lebih berkuasa dari PKR beberapa kawasan PKR telah dimasukkan Ketua Kampung Cina atau India pilihan PAS. Tidak cukup dengan itu kawasan2 Ketua Kampung PKR diperkecilnya hanya satu atau dua kampung sahaja berbanding dengan Ketua Kampung PAS yang diperuntukan 5 atau 6 kampung. Dan ada yang overlapping dengan kawasan PKR. Semua ini disedari oleh pemimpin2 PKR. Pemimpin2 PKR kawasan tak la sebodoh yang disangka oleh PAS.

Kalau PAS ingin menunjuk kekuatan apa salahnya PKR pun sama boleh berbuat demikian. Tapi dalam soal ini adalah lebih baik berunding daripada konfrantasi tapi nampaknya PAS memilih untuk konfrantasi. Permintaan pemimpin2 PKR untuk diadakan rundingan semula bagi menyelesaikan masalah ini ditolak mentah2 oleh ADUN. Apa tidaknya apabila diminta datang kepejabat beliau, ADUN ini cabut lari dan bila ditelepon tak mau jawab. Dayuskah ADUN PAS ni. Apa salahnya berunding yang mana baik kita ambil jadikan panduan dan jika PAS atau PKR dah keterlaluan akui saja kita boleh perbetulkan. Ini kerana Ketua Kampung ini akan memainkan peranan dalam menjayakan pemerentahan PR.

Penyokong2 PAS mungkin beranggapan PKR gilakan kuasa. Ini bukan masalah PKR gilakan kuasa tapi masalah PAS yang haloba. Apa salahnya diadakan perkongsian kuasa. Kami mahukan satu penyelesaian yang boleh mendatangkan keadaan menang-menang (win win). JIka panggu telah dipersetujui oleh peringkat atasan kedua-dua parti laksanakan sahaja tak payah nak tanya surat persetujuan lagi. Kalau kami pula tanya mana surat yang katakan PAS ambil semua kawasan bolehkan diberi.

Dalam perkara ini ADUN hendaklah memainkan peranan jika mahukan satu pakatan yang erat di DUN Bandar Baru. Jangan kita menikam kawan dari belakang dan jangan kita ada niat untuk membunuh rakan kongsi kita sebab PAS sebuat parti yang berlandaskan Islam sedangkan UMNO tak pernah melakukan perkara yang boleh membunuh rakan kongsinya. Kalau itulah niat PAS mengapa tidak diumumkan secara terbuka secara gentlement biar semua rakyat tahu dan rakyat boleh memilih untuk menyokong atau sebaliknya. Sebab kemenangan PAS di kawasan ini akan di tentukan semula oleh rakyat dan ketika itu PAS memerlukan bantuan dari PKR atau pengundi bukan Melayu. Tak terpikirkah pemimpin2 PAS akan hakikat ini. Jangan sampai dalam PRU13 nanti berlaku pertandingan 3 penjuru. Tapi kalau itu yang diharapkan oleh PAS dan itulah yang akan terjadi. Insyallah. Bukan saja PAS Bandar Baru kena mengambil aktibar dari kekalahan PAS Trengganu malahan PAS Kedah pun kena mengkaji sejarah mengapa PAS tidak dapat menawan Trengganu. Kalau nak ikut logik Trengganu dalam PRU12 sepatutnya jatuh ketangan PAS dengan senang. Dan mengapa Mat Sabu kalah. Semua ini ada hikmahnya untuk PAS Bandar Baru.


Itu dengan PKR. Dengan bangsa CIna dan India PAS telah mula menunjukkan belangnya. PAS Bandar Baru hari ini dah tak tak sama dengan PAS sebelum PRU12. Mereka memerlukan pembelaan dan ingatlah sokongan yang diberikan adalah satu rahmat Allah seperti kata Tuan Guru Nik Aziz. Janji2 yang keluar dari bibir dahulu perlulah dikota. Jangan jadi kacang lupakan kulit. Saya percaya pemimpin2 PAS akan menolak perkara ini dan cuba mempertahankan bahawa PAS melayan mereka dengan baik. Kalaulah betul mengapa kaum India sekarang telah timbul perasaan tak puas hati dan pemimpin2 Cina pula berkata Ustaz ada masa menghantar anak kesekolah tapi tak dak masa nak dengar masalah kami. Masalah tanah penduduk India Kg Baru Sungai Dingin di ketepikan begitu saja sedangkan PA ADUN lebih sibuk dengan kontrak Bandaran. Begitu juga masalah tanah orang2 Cina di Bandar Baru.

Masa untuk menilai semula prestasi kepimpinan PAS di DUN Bandar Baru akan menjelang tiba dalam PRU13b nanti. Kita akan lihat siapa yang akan tersungkur di Bandar Baru. Ini yang akan saya ulas dalam artikel saya yang akan datang.

WAHAI PAS SEDARLAH AKAN KELEMAHAN DIRI
WAHAI PKR PERKUATKAN PARTI BAGI MENEMPUH PRU13
WAHAI PENGUNDI2 BUKAN MELAYU BUKALAH MATA DAN NILAILAH
WAHAI ORANG UMNO TINGGALKANLAH PARTI YANG AKAN PUPUS

0 Responses to DUN Bandar Baru bergolak selepas 8 bulan kemenangan PR