Usah menyibuk hal orang- Ustaz Azizan


oleh SUkj


CUKUP hebat Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak bila berdepan dengan PKR dan DAP, dalam isu dasar baru kerajaan Pas Kedah berhubung pemilikan kuota rumah Bumiputera yang dinaikkan daripada 30 kepada 50 peratus.

Baru padan muka pemimpin PKR dan DAP. Mereka ingat, gabungan Pakatan Rakyat, merekalah ketuanya. Rupa-rupanya, Pas tidak pernah pun mengikhtirafkannya. Apa yang mahu mereka katakan. Masalah yang mereka hadapi, cuba mereka sembunyikan.

Azizan berkata, pemimpin PKR dan DAP dari luar Kedah tidak layak untuk campur tangan hal dalaman negeri itu selain tidak berhak mengajar beliau membuat keputusan terutama membabitkan perkara berkaitan dasar kerajaan Pas Kedah.

Dengan lain perkataan, Azizan ingin memberitahu PKR dan DAP, usah menyibuk hal orang. Jaga diri masing-masing, jaga parti masing-masing. Cuma, latarbelakang Azizan sebagai ustaz tidak menyebabkan beliau bercakap kasar seperti itu tetapi, maksudnya begitulah…perbetulkan diri masing-masing dulu sebelum mengajar orang lain.

"Mereka (pemimpin PKR dan DAP) bukan bos saya, bos saya hanya Pas Pusat dan saya hanya akan mendengar arahan daripada pemimpin Pas.

"Kenapa Azmin (Azmin Ali,Naib Presiden PKR) menyibuk? Sedangkan saya tidak pernah mencampuri urusan dalaman negeri Selangor atau Pulau Pinang walaupun ada antara dasar yang mereka putuskan itu menguris hati orang Islam dan Melayu," katanya kepada sebuah akhbar berbahasa Malaysia, Sabtu, 15 November lalu.

Kalau para pengundi mengikuti perkembangan ini, sekarang mereka akan sedar betapa teruknya PKR apabila satu-satu perkara yang dibuat dilihat menguntungkan Melayu dan Islam, mereka akan berusaha untuk menggagalkannya. Tetapi jika ada bukan Melayu yang menghina Melayu, mereka diam, seperti kura-kura menyembunyikan kepalanya.

Lebih-lebih lagi Azmin, dia cukup berkuasa dalam PKR. Tidak hairanlah, ramai yang bertindak meninggalkan parti itu kerana tidak tahan dengan penguasaan Azmin yang sentiasa dilihat menguasai pemikiran Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Di kalangan bekas kawan-kawan Azmin mengatakan, Anwar lebih 'mesra' dengan Azmin dari Datuk Seri Dr. Wan Azizah Ismail. Kata mereka, susah kalau mahu berbincang hal-hal politik sekiranya Azmin ad sama dalam satu-satu pertemuan itu.

Jika orang dalam PKR tidak berani menegur Azmin, Alhamdulilah Azizah bertindak lebih keras dari yang lain-lain. Lim Kit Siang tentunya terkejut dengan 'pukulan maut' Azizan itu, walaupun selepas ini media milik mereka akan melaporkan 'mereka sudah berdamai' dan semua masalah sudah berjaya diselesaikan.

Hakikatnya, mereka menyapu sampah ke bawah permaidani.

0 Responses to Usah menyibuk hal orang- Ustaz Azizan