PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI 2009 - Langkah Drastik Rangsang Ekonomi Negara

“Sebagai kerajaan yang prihatin, penekanan telah diberi kepada pembangunan sosioekonomi masyarakat, terutamanya yang miskin dan berpendapatan rendah selain daripada memberi tumpuan kepada pertumbuhan ekonomi yang mapan. Dalam perkara ini, penekanan telah diberi kepada perluasan Jaringan Keselamatan Sosial untuk menyokong golongan miskin dan berpendapatan rendah, di desa dan di kota, di pekan kecil dan kampung terpencil”…

YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan.

Agihan Peruntukan daripada penjimatan subsidi minyak :

• RM1.2 Bilion Pembinaan Kos Rendah dan Sederhana
• RM500 juta bagi menaik taraf, membaik pulih dan menyelenggara balai dan kuarters polis serta kem dan kuarters tentera
• RM600 juta bagi projek-projek kecil di bawah program Penyelenggaraan Infrastruktur Awam (PIA) dan Projek Infrastruktur Asas (PIAS)
• RM500 juta bagi menyenggara dan membaik pulih kemudahan awam; antaranya sekolah, hospital dan jalan raya.
• RM500 juta untuk membina, menaiktaraf jalan-jalan di luar bandar, jalan-jalan kampung dan jalan-jalan pertanian, termasuk di Sabah dan Sarawak.
• RM200 juta Bantuan Untuk Sekolah Agama, Sekolah Mubaligh, Sekolah Cina dan Tamil
• RM300 juta Dana Program Latihan
• RM500 juta Penyelenggaraan dan Menaik Taraf Pengangkutan Awam
• RM1.5 bilion Dana Pelaburan bagi Menarik Pelaburan Swasta
• RM400 juta Mempercepatkan Pelaksaan Projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi
• RM200 juta bagi program pembangunan modal insan
• RM100 juta Program Pembangunan Belia Pelbagai Kaum
• RM200 juta Pemulihan Projek Rumah Terbengkalai
• RM100 juta Pembangunan Pekan Kecil Terpilih
• RM200 juta Program Permata Negara dan Pra-sekolah

Pelbagai Insentif Tambahan Untuk Rakyat

INDIVIDU

• Pengurangan caruman KWSP pekerja sebanyak 3% kepada 8%
• Skim Jaminan Kredit Perumahan sehingga RM100,000 bagi golongan berpendapatan rendah dan tidak mempunyai pendapatan tetap

KAKITANGAN AWAM

• Tempoh bayaran balik pinjaman perumahan kakitangan awam dilanjutkan daripada 25 kepada 30 tahun

• Pinjaman perumahan bagi hartanah di pasaran sekunder di mana hakmilik strata belum dikeluarkan

• Meningkatkan had pinjaman kereta kakitangan awam sebanyak RM10,000. Had pinjaman baru adalah seperti berikut:

o Gred JUSA dinaikkan daripada RM60,000 kepada RM70,000
o Gred 41 hingga 54 dinaikkan daripada RM55,000 kepada RM65,000
o Bagi kumpulan sokongan dinaikkan daripada RM45,000 kepada RM55,000
o Menaik taraf kuarters Polis dan Tentera

PETANI

• Duti import 5% ke atas 7 jenis baja dihapuskan
• Penstabilan Harga Kelapa Sawit
• Menjana pasaran sawit dengan usaha mengeluarkan biodiesel berasaskan minyak sawit

GOLONGAN MISKIN

• Kadar bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dinaikkan.
• RM720 bagi Semenanjung
• RM830 bagi Sarawak
• RM960 bagi Sabah

• Program Amal Jariah kendalian Prokhas, anak syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan bagi membaik pulih rumah usang rakyat miskin tegar

PERUMAHAN

• 6,500 unit rumah akan dibina oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad
• 4,000 unit rumah Program Perumahan Rakyat dibina di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
• 15,000 unit rumah PPRT akan dibina di seluruh Negara di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Nilai sebuah rumah adalah antara RM30,00 hingga RM35,000 di Semenanjung dan RM35,000 hingga RM40,000 di Sabah dan Sarawak
• SPNB akan membaik pulih rumah terbengkalai

PENGANGKUTAN AWAM

• Penambahan sistem LRT
• Meningkatkan kapasiti aliran Kelana Jaya dan aliran Ampang
• Memperluaskan perkhidmatan rel di Lembah Klang
• Mewujudkan satu aliran baru dari Kota Damansara ke Cheras.

PENDIDIKAN

• Tambahan peruntukan untuk melaksanakan program pendidikan awal kanak-kanak seperti program Permata Negara, Tadika Kemas, Tadika Perpaduan dan kelas Pra-Sekolah

BELIA

• Program latihan kemahiran untuk memenuhi keperluan majikan dan industri
• Program latihan kemahiran yang dianjurkan oleh Institusi Swasta
• Program baru seperti Rakan Muda Sekolah dan Rakan Muda Sektoral

PENIAGA/PELABUR

• Insentif untuk pelabur swasta seperti geran, pinjaman mudah atau modal ekuiti
• Tambahan premis perniagaan di pecan-pekan kecil untuk usahawan kecil dan sederhana
• Lanjutan masa perniagaan hypermarket sehingga jam 11 malam pada hari biasa dan 1 pagi pada hujung minggu

0 Responses to PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI 2009 - Langkah Drastik Rangsang Ekonomi Negara