HARGA MINYAK DIJANGKA TURUN LAGI….
Harga minyak mentah dunia dijangka turun lagi sehingga mencecah paras AS$50 (RM179) setong. Harga pada hari ini masih diniagakan di bawah paras AS$58 (RM207.64) setong.
Situasi ini boleh berlaku berdasarkan kebimbangan terhadap keadaan kemelesetan ekonomi semakin buruk dari hari ke hari telah menjadikan pasaran semakin menurun, sehingga menyebabkan permintaan terhadap minyak semakin merosot dari minggu ke minggu, menurut kata Penganalisis Kanan Minyak di MF Global, Rob Laughlin.
Berdasarkan situasi ini, pihak kerajaan juga menjangkakan harga jualan minyak tempatan juga berkemungkinan akan diturunkan. Ini berdasarkan kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Penggunan, Dato’ Shahrir Samad kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyampaian Anugerah Cemerlang dan Projek Pemimpin Muda Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) di Sekolah Kebangsaan Tebrau Bakar Batu. Bagaimanapun menurutnya, keputusan muktamad mengenai perkara itu akan diputuskan oleh Exco Majlis Ekonomi yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Apa yang diharapkan berdasarkan situasi ini, peniaga turut mengambil langkah yang sama agar menurunkan harga barangan jualan mereka, supaya ia dilihat lebih adil dan seimbang dengan penurunan harga minyak, disamping dapat membantu meringankan beban pengguna, kerana tanggungjawab memastikan keselesaan rakyat adalah tanggungjawab bersama semua pihak.
0 Responses to HARGA MINYAK DIJANGKA TURUN LAGI….
Post a Comment