Tumpuan cegah jenayah jalanan

MENTERI kabinet mendengar ucapan Najib pada Majlis Perhimpunan Bersama Pegawai Perkhidmatan Awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC) Putrajaya, semalam.
KAKITANGAN Jabatan Perkhidmatan Awam mendengar ucapan disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Majlis Perhimpunan Bersama Pegawai Perkhidmatan Awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC) Putrajaya, semalam.




CREDIT TO:BERITA HARIAN

KDN sasar kurang 20 peratus 2010
PUTRAJAYA: Jenayah jalanan seperti ragut dan samun tanpa senjata api diberi tumpuan dalam usaha pencegahan kerana ia meninggalkan kesan trauma dan ketakutan berpanjangan kepada masyarakat, terutama mangsa serta ada kaitan dengan jenayah lain. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata kerajaan berpendapat langkah pencegahan perlu diperkukuhkan kerana statistik menunjukkan kadar jenayah jalanan di Malaysia dari Januari hingga Jun lalu meningkat 9.58 peratus kepada 19,343 kes berbanding 17,652 kes pada tahun lalu.
"Angka ini amat membimbangkan tambahan pula sesetengah kes mengakibatkan kematian dan kecederaan parah kepada mangsa. Justeru, kita akan berusaha bersungguh-sungguh mengatasinya dan meletakkan sasaran mengurangkannya 20 peratus menjelang tahun 2010. "Kerajaan juga sedar ada banyak kes tidak dilaporkan oleh mangsa. Untuk itu, kementerian mengenal pasti kaedah terbaik dengan mengadakan tinjauan pendapat mengenai persepsi rakyat terhadap tahap keselamatan dan pengalaman mereka yang pernah menjadi mangsa," katanya semalam. Beliau berkata sebagai permulaan, KDN akan menilai semula fungsi dan tanggungjawab 570,890 anggota Rela untuk menjayakan semangat kesukarelaan membantu pihak berkuasa membanteras jenayah jalanan.
Selain itu, kerajaan memasang kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan sering berlaku kejadian iaitu masing-masing 300 di Kuala Lumpur dan Selangor serta Pulau Pinang dan Johor masing-masing 150 unit. Beliau memberi reaksi kepada pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengenai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) di sini semalam yang antara lain membabitkan pengurangan jenayah jalanan sebanyak 20 peratus pada tahun 2010. Hishammuddin adalah menteri peneraju kepada NKRA pencegahan jenayah itu. Katanya, kerajaan sudah mengenal pasti lebih 50 kawasan yang sering berlaku jenayah jalanan, terutama di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Johor yang mencatatkan jumlah tinggi iaitu 72 peratus daripada keseluruhan jenayah jalanan tahun lalu. Sebagai langkah pencegahan, Hishammuddin berkata KDN akan menambah anggota polis meronda di kawasan sering berlaku jenayah itu di seluruh negara.

"Polis juga diarahkan melihat kembali pengagihan dan pembahagian tugas mengikut waktu bagi memberi lebih tumpuan kepada tugas hakiki seperti rondaan. Lebih 30 peratus masa anggota polis sekarang digunakan untuk kerja lain seperti pentadbiran dan perkeranian. "Polis juga perlu meningkatkan kerjasama dengan pasukan keselamatan lain termasuk Rela, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), polis bantuan, badan beruniform di institusi pendidikan tinggi dan Rukun Tetangga bagi membanteras kegiatan jenayah jalanan secara bersepadu," katanya.

0 Responses to Tumpuan cegah jenayah jalanan