BN mampu tawan semula Kedah: Penganalisis politik

Credit to: Sinar Harian
ALOR SETAR - Barisan Na:si:onal (BN) mampu menawan semula Kedah daripada pakatan pembangkang dengan syarat jenteranya menggandakan usaha sedia ada dan paling kritikal, merapatkan barisan sayap parti itu, kata seorang penganalisis politik. :Pensyarah Politik dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Mustafa Ishak berkata, pergerakan Pemuda dan Puteri serta juga ahli veteran memainkan peranan yang sangat penting dalam usaha memastikan kemenangan calon BN. “Harapan untuk BN di negeri ini masih ada, yang penting rapatkan barisan sayap, kerana kalau tidak kuat, susah untuk lakukan gerak kerja. “UMNO pula kena bangkit sebagai parti yang paling aktif untuk memberi motivasi kepada jentera dan memberi penjelasan kepada pengundi tentang apa bezanya BN dengan pakatan pembangkang,” katanya selepas memberi taklimat tertutup tentang Hala Tuju UMNO Kedah bagi Menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 di sini malam kelmarin. Mustafa berkata, sekiranya BN benar-benar ingin menarik generasi muda menyokongnya, satu usaha untuk memberi nafas baru dan membangkitkan semangat berjuang dalam kalangan Pemuda dan Puteri perlu dilakukan. Mustafa, yang juga Penasihat Strategik UMNO Kedah berkata, sudah ada perubahan dalam kepimpinan tertinggi BN, dan kini terpulang kepada jentera parti itu untuk berusaha mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap BN khususnya UMNO.

0 Responses to BN mampu tawan semula Kedah: Penganalisis politik