Kerjasama rakyat pastikan harga barang turun

KOTA KINABALU 1 Nov. - Kerajaan memerlukan kerjasama rakyat dan persatuan pengguna dalam usaha memastikan peniaga menurunkan harga barang keperluan berikutan harga petrol dan diesel yang semakin rendah, kata Pak Lah. Perdana Menteri berkata, tindakan serta merta yang boleh dilakukan oleh rakyat ialah dengan memilih kedai menjual harga rendah untuk mendapatkan barangan keperluan harian mereka termasuk di pasar raya yang telah bersetuju menurunkan harga barangan.Beliau menegaskan, pada masa ini kerajaan telah berjaya mendapatkan persetujuan beberapa pemilik pasar raya besar bagi menurunkan harga barang makanan dan ia sepatutnya diikut oleh kedai-kedai runcit.
''Kerajaan perlu mendapat kerjasama rakyat terutama persatuan pengguna, ini adalah penting sebab bila harga minyak rendah, tidak ada sebab mengapa harga barang masih seperti waktu harga minyak tinggi.''Peniaga perlu mengambil tindakan mengurangkan harga barang, kalau tidak mendadak, boleh secara beransur-ansur," katanya kepada pemberita selepas merasmi Perhimpunan Agung Tahunan Parti Bersatu Sabah (PBS) ke-23 di sini hari ini.
Perdana Menteri menjelaskan, tindakan kerajaan mengadakan persetujuan dengan pasar raya besar untuk menurunkan harga barang bertujuan untuk membuktikan bahawa harga sesuatu barangan itu boleh dikurangkan pada masa ini.
Beliau berkata, langkah itu juga bagi memberi peluang kepada rakyat membuat pilihan segera dengan mengunjungi pasar raya terbabit mendapatkan barangan pada harga lebih rendah.
''Bila harga di pasar besar rendah, tentu rakyat mahu ke pasar besar ini berbanding kedai di luar, rakyat tidak akan pergi (kedai menjual harga tinggi) kerana tidak lagi menjadi pilihan mereka.
''Pilihan rakyat adalah beli barang di kedai harga jual murah, kita berharap pihak peniaga lain dapat memahami bahawa rakyat yang mahukan harga barang turun," katanya.
Beliau memberitahu, bagi harga barang-barang kawalan, ia tidak akan berubah kerana parasnya adalah mengikut keadaan pasaran semasa.
Ditanya, sekiranya harga minyak terus jatuh adakah kerajaan akan menetapkan satu kadar minimum bagi jualan runcit petrol dan diesel, Perdana Menteri berkata, kerajaan perlu mengkaji terlebih dahulu sebelum sesuatu tindakan boleh dilaksanakan.

1 Response to Kerjasama rakyat pastikan harga barang turun

  1. Anonymous Says:
    Salam...

    Yang agak pelik adalah kenapa harga susu bayi dan beberapa barangan lain di kedai runcit cina adalah lebih murah daripada harga di pasaraya Tesco, Giant, dan Carrefour? Sedangkan harga susu bayi di kedai umat Islam adalah jauh lebih mahal daripada harga dipasaraya2 ini.

    Seolah2 pembekal2 barangan Cina ini menolong sesama kaum mereka. Tatapi kenapakah ini tidak berlaku pada barangan keluaran umat Islam? Sepatutnya sebagai pengeluar Islam sepatutnya memberi diskaun kepada pengedar2 dan peruncit yang seagama seislam. Sekiranya kita mempunyai saudara kandung, sudah semestinya kita memberikan harga yang lebih rendah berbanding untuk dijual kepada orang lain. Begitulah juga kepada semua peniaga umat Islam yang lain, perlulah diberi harga yang lebih rendah berbanding dengan yang bukan Islam.. Seperti yang diturunkan di dalam Al-Quran “Sesungguhnya orang beriman itu bersaudara” (Surah al-Hujurat ayat 10) Dan juga seperti yang dipesan oleh Rasulullah S.A.W.. “tidak beriman seseorang kamu sehingga ia mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri”

    Perkara yang perlu diambil tindakan oleh Umat Islam, ialah mengukuhkan ekonomi Umat Islam. Salah satu cara adalah dengan Umat Islam perlulah membeli barangan keluaran Umat Islam sendiri. Dengan ini dapatlah kita menampung perniagaan umat Islam yang lain saudara seagama dengan kita. Jika ini tidak dilakukan lama ke lamaan, perniagaan saudara seislam kita akan hancur kerana tiada siapa yang akan menolong. Sedangkan kaum lain seperti Cina, Jepun, dan Britain semuanya menyokong barangan masing2. Begitulah juga yang disarankan oleh Rasulullah S.A.W ketika berjuang untuk melawan kaum Yahudi. Di galakkan agar umat Islam agar membeli air di hari ianya dijual oleh Saidina Abu Bakar R.A. Supaya keuntungan perniagaan tidak sampai ke pihak kafir.

    Apabila kita pergi ke Pasaraya2 sebagai contoh beras... kesemuanya adalah barangan keluaran bukan umat Islam walaupun mempunyai logo Masjid pada pembukusannya. Kecuali hanya satu keluaran sahaja iaitu beras Faiza Emas.... Begitulah juga dengan minyak masak.. tiada pengeluar umat Islam kecuali hanya satu, keluaran Felda. Pada barangan2 yang lain pula seperti telur tiada keluaran umat Islam. Dan kebanyakan barangan tiada keluaran umat islam diedarkan dipasaraya2 mahupun dikedai2 runcit. Sekiranya berlaku apa2 di mana lagi kita harus bergantung? Perlulah pengeluar umat Islam menolong peniaga2 umat Islam. Dan para pembeli Islam perlulah membeli barangan keluaran umat Islam agar barangan keluaran umat Islam dapat tumbuh dan bersaing dengan barangan keluaran bukan Islam agar ekonomi umat Islam yang nyawa-nyawa ikan ini dapat terus hidup....
    Untuk mengetahui barangan keluaran umat islam perlulah diselidiki sedikit sebanyak seperti membaca label pengeluar... Sebagai umat Islam, janganlah kita berkira pada harga barangan dalam memilih barangan keluaran umat Islam kerana rezeki adalah datang daripada Allah... Untuk menjadi hamba Allah perlulah kita berkorban... Jika kita tidak menolong ekonomi saudara seislam ditakuti kita akan disoal dikemudian hari di Akhirat.....

    Wassalam....

    ctkedah