Sultan Kedah Dipersembahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pengurusan Pembangunan)





SINTOK-06 Nov 2008-- Universiti Utara Malaysia (UUM) mengadakan
istiadat konvokesyen khas bagi mempersembahkan Ijazah Kehormat Doktor
Falsafah (Pengurusan Pembangunan) kepada Sultan Kedah Sultan Abdul
Halim Mu'adzam Shah pagi tadi.

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UUM, Prof Dr Abdul
Razak Chik berkata anugerah itu adalah sempena sambutan jubli emas
pemerintahan Sultan Kedah dan sambutan jubli perak baginda sebagai
Canselor UUM.

Katanya dengan persembahan ijazah itu, Sultan Kedah menjadi Canselor
universiti yang pertama di negara ini menerimanya dalam satu istiadat
konvokesyen.

Abdul Razak berkata ijazah itu dipersembahkan oleh Pro Canselor UUM
Tan Sri Dr Abdul Hamid Pawanteh sebagai tanda penghargaan kepada
Sultan Kedah yang banyak memberikan sumbangan kepada perkembangan dan
pembangunan universiti itu.

Sultan Kedah adalah lulusan Universiti Oxford, England, dalam bidang
Sains Kemasyarakatan dan Pentadbiran Awam.

sumber oleh mzaidi.com

0 Responses to Sultan Kedah Dipersembahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pengurusan Pembangunan)