Ahli Cemerlang Semangat Jerai (A.S.K) kepada 37 pemain dan pegawai bola sepak negeri Kedah
Istiadat Penganugerahan itu diadakan di Balai Penghadapan Istana Anak Bukit, Alor Star.
Turut berkenan berangkat pada istiadat itu ialah Sultanah Kedah, Sultanah Haminah Hamidun. Hadir sama Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Azizan Abdul Razak
Sultan Kedah berkenan mengurniakan anugerah itu bagi menghargai jasa mereka yang telah mengharumkan nama negeri dalam sukan bola sepak, di mana mereka berjaya merangkul tiga piala pada musim ini, iaitu Piala FA, Liga Super dan juara dua tahun berturut-turut Piala Malaysia.
Pengurus Pasukan Kenari, Dato’ Othman Haji Aziz mengetuai penerimaan anugerah itu, diikuti Penolong Pengurus Hijau Kuning, Syed Khairol Annuar Syed Abidin, Ketua Jurulatih Kedah, Mohd Azraai Khor Abdullah, Penolong Jurulatih, Haji Mohd Radhi Mat Din dan Ahmad Sabri Ismail serta 27 pemain pasukan Hijau Kuning. Lima petugas skuad juga turut menerima anugerah itu.
0 Responses to Ahli Cemerlang Semangat Jerai (A.S.K) kepada 37 pemain dan pegawai bola sepak negeri Kedah
Post a Comment