Kedah tekad catat sejarah
21 August 2008
sukan@hmetro.com.my
“FINAL Piala Malaysia musim ini di antara Kedah dengan Selangor di Stadium Bukit Jalil, Sabtu ini menjanjikan pertemuan menarik bagi kedua-dua pasukan,” demikian kata penolong jurulatih Pasukan Hijau Kuning, Radhi Mat Din.
Menurutnya, Kedah tewas kepada Terengganu kerana fikiran semua pemain tertumpu pada final dan ini memberi peluang kepada lawan memburu kemenangan mengejutkan.
“Kekalahan itu sudah menjadi sejarah dan pemain serta pegawai pasukan mahu memastikan satu lagi sejarah baru dengan menjulang tiga piala bagi tempoh dua tahun berturut-turut.
“Ini pertama kali kita bertemu Selangor pada final Piala Malaysia. Ketika saya beraksi dengan Kedah sebelum ini, kita tidak pernah berdepan mereka di final.
“Kalau barisan Kedah mampu mengekalkan permainan pantas sebelum ini, sudah pasti kita mampu mencatatkan sejarah nanti,” kata Radhi.
Radhi berjaya menjulang Piala Malaysia ketika mengatasi Singapura pada final Piala Malaysia 1993 di bawah pengurusan Allahyarham Datuk Ahmad Basri Akil.
Dia juga penolong kapten Kedah ketika menjuarai Piala Malaysia buat pertama kali pada 1990.

0 Responses to Kedah tekad catat sejarah
Post a Comment