Harga minyak tetap disemak 1 September


PUTRAJAYA - Kerajaan tetap berpegang pada perancangannya untuk mengumumkan harga baru petrol pada 1 September walaupun trend harga minyak mentah dunia kini mencatatkan penurunan, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam.

"Kita akan meneruskan dengan apa yang telah diumumkan dan dijanjikan,'' kata Perdana Menteri kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Ekonomi Nasional di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada kerajaan akan mempercepatkan tarikh pengumuman itu berikutan perkembangan harga minyak mentah global.

Minyak mentah diniagakan pada harga AS$122 setong minggu lepas dan AS$115 setong semalam.

Dalam perkembangan berkaitan, Pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon mencadangkan kerajaan supaya menyemak dan menyelaras harga minyak dua kali sebulan iaitu pada 1 dan 15 hari bulan setiap bulan.

lega bila diumumkan minyak tetap disemak...cepat2 la semak...kesian kat rakyat..

0 Responses to Harga minyak tetap disemak 1 September