500 bantah forum 'memeluk Islam'
Muda Mohd Noor | Aug 9, 08 9:16am |
Seramai 500 orang sedang berkumpul di depan bangunan Majlis Peguam sejak awal pagi kerana membantah penganjuran forum awam memeluk Islam anjuran majlis tersebut. Pakatan Rakyat Mereka melaungkan "Hancur Bar Council", "Hidup Islam" dan "Batalkan Forum". Turut kelihatan ialah pemimpin parti-parti komponen Pakatan Rakyat. Antara ahli panel yang dijadual bercakap di forum tersebut ialah Pengarah Pusat Undang-undang Syariah dan Sains Politik, Institut Kefahamam Islam, Dr Wan Azhar Wan Ahmad dan peguam Syarie, Mohd Haniff Khatri Abdullah. Tarik diri Salahuddin yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian turut berucap di perhimpunan bantahan tersebut. "Kita dicabar di bawah Seksyen 121 (A). Mereka tahu undang-undang, tetapi mahu mencabar agama Islam. Polis berunding Kira-kira jam 9.31 pagi, wakil NGO terbabit sedang berunding dengan Ketua Polis Dang Wangi, ACP Dzulkarnian Abdul Rahman. Sebelum itu, seorang peserta mengatakan, jika forum tersebut tidak dihentikan, mereka akan merempuh masuk untuk menghentikan. Kira-kira jam 9.35 tadi, seorang peserta memberitahu melalui pembesar suara bahawa mereka memberi masa sehingga jam 9.45 pagi supaya forum tersebut dihentikan. Menurut laporan, antara NGO yang hadir ialah Barisan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM), Jawatankuasa Penyelaras Perikatan NGO Islam (ACCIN), Persatuan Al-Hidayah, Belia Perkim, Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia, Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA), Persatuan Al-Hunafa dan Persatuan Darul Fitrah Malaysia. Turut sama ialah Persatuan Kebajikan Dakwah dan Islamiah (Pekida), Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia, Persatuan Seruan Islam Wilayah Persekutuan dan Selangor, Persatuan Ulama Malaysia, Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia, Yayasan Kerjaya Malaysia, Kelab Cinta Malaysia, Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) dan Persatuan Penjaja Kecil Wilayah Persekutuan. di petik dari Malaysiakini.com Akhirnya bersatu la jugak...bila isu yang berkaitan dengan sensetiviti agama dimainkan akan mengundang kemarahan kepada penganutnya..bila hidup dalam sesebuah negara yang mempunyai masrakat majmuk...kena saling merespect la..kita tak kacau agama depa..jangan la kacau agama kita...simple ja takkan tak faham kot..bila dah jadi cam nie..yang bestnya..semua bersatu tanpa kira pahaman politik...nie yg aku suka nie...kata owang tetua 'bersatu teguh bercerai roboh' |
0 Responses to 500 bantah forum 'memeluk Islam'
Post a Comment