sapa menang???
Memetik laporan Malaysiakini yang bertajuk “Mukhriz mahu selamat Umno”
Hasrat Mukhriz untuk menerajui Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia sudah lama dihidu oleh ahli UMNO. Khabarnya, Mukhriz lebih sibuk berkempen untuk dirinya sewaktu pilihanraya kecil Permatang Pauh daripada berkempen memenangkan calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah. Itu kata KPMU.net!
Setakat ini, sudah ada 4 calon yang telah mengesahkan akan bertanding jawatan Ketua Pemuda Disember ini. Calon-calon itu adalah Mukhriz (Kedah), Khir Toyo (Selangor), Adnan Yaakob (Pahang) dan Zahidi (Perlis). Cuma seorang lagi calon yang sedang ditunggu-tunggu pengumumannya iaitu menantu kesayangan Pak Lah, Khairy Jamalludin.
Jika berlandaskan keputusan undian yang dibuat oleh KPMU.net, pemenangnya adalah Khairy Jamalludin dan Mukhriz ditempat kedua. Jika ditakdirkan Khairy tidak mahu bertanding Disember ini, berkemungkinan besar Mukhriz akan memenangi pertandingan itu. Tetapi, itu hanyalah undian internet dan tidak sama dengan undian sebenar di peringkat pusat nanti. Pelbagai kemungkinan boleh berlaku.
Awak-awal lagi, Mukhriz telah menyatakan kebimbangan mengenai ancaman politik wang yang mungkin akan menjejaskan potensi kemenangannya. Kenyataannya itu seolah-olah ingin ditujukan kepada pesaing kuatnya iaitu Khairy Jamaludin. Jika difikirkan daripada sudut kekuatan wang, Khairy dan Mukhriz ternyata mempunyai sumber kewangan yang besar.
Persoalannya kini,
1) Adakah mereka akan bersaing secara terhormat ataupun bersaing dengan menggunakan wang?
2) Adakah calon-calon yang bakal bertanding nanti dapat mengembalikan semula kekuatan UMNO?
3) Wajarkah Agenda Daily menganjurkan program debat terbuka antara Mukhriz dan Khairy?
0 Responses to sapa menang???
Post a Comment